Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › MoMoK v
« Previous 1 2 3 4 Next »

Kisah Seram Hantu di Kolej Matrikulasi

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kisah Seram Hantu di Kolej Matrikulasi
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-14-2012, 11:06 AM (This post was last modified: 01-31-2013, 02:36 AM by Mr.Pingu.)
Salam. Rasanya Mr.PiNGu tak pernah lagi cerita pasal kisah hantu di Matrikulasi ni. Beberapa kejadian ni benar-benar berlaku semasa saya menuntut di Matrikulasi tersebut sekitar tahun 2002-2003. Nama Kolej Matrikulasi tersebut terpaksa dirahsiakan demi untuk mengelakkan ketakutan kepada sesiapa.

Disebabkan ada beberapa cerita jadinya saya buat numbering maka mudah sikit nak cerita. Ikuti kisah seram yang pernah sampai di telinga saya daripada pihak pertama dan juga puhak kedua yang menghadapi pengalaman ini.

1) Kisah Hantu Pontianak
- Anda biasa dengar kisah pontianak. Biasa dengar kan? Pontianak kebiasaannya ditemui di kawasan sunyi dan hutan. Namun, kisah pontianak di Kolej Matrikulasi ini memang meletops keseluruhan kolej kerana ramai yang dapat melihatnya. Saya sendiri personally pernah mendengar hilaian pontianak tersebut dengan sayup-sayup mungkin kerana lokasinya yang agak jauh. Tidak mungkin ada orang yang mengilai seperti itu di tengah malam buta.

Kisah pontianak mengilai di sesi kuliah tambahan satu malam itu menjadi igauan ramai pelajar. Ketika kelas berlangsung, terdengar hilaian yang kuat daripada luar oleh pelajar-pelajar dan pensyarah. Pensyarah yang sedang mengajar tergerak untuk keluar sekejap menjenguk dan terkejut melihat ada pontianak berada di atas bumbung satu bangunan dan sedang mengilai. Namun begitu, pensyarah tersebut tidak menceritakan hal tersebut pada waktu itu dan meneruskan sesi kuliah seperti biasa namun menceritakan kejadian tersebut keesokan harinya.

2) Kisah Hantu Cina
- Kisah hantu cina yang didapati merayau-rayau di sekitar kolej kediaman pelajar wanita menjadi heboh sekitar awal 2003. Ketika itu ramai pelajar wanita ketakutan kerana kewujudan hantu cina tersebut. Untuk mengesahkan kewujudan hantu tersebut, seorang pensyarah yang juga warden asrama (bergelar ustaz) menjalankan pemantauan pada waktu malam dan bertuah kerana ternampak sendiri hantu cina tersebut yang bukan 1 tetapi ada 3. Dari mana dia datang Wallahualam. Cerita ini disampaikan sendiri oleh ustaz tersebut kepada saya dan rakan-rakan. Untuk menyelesaikannya, mereka telah melakukan bacaan yassin beramai-ramai dalam masa yang kerap untuk menghalau hantu tersebut.

3) Kisah pelajar wanita dicakar-cakar hantu
- Kisah pelajar dicakar-cakar hantu ini juga kecoh seketika. Ini berlaku apabila 4 orang pelajar wanita yang sedang tidur di bilik sama telah menerima kesan cakaran dan lebam-lebam di badan. Itu sahaja sedikit info tentang hantu yang tidak diketahui jenisnya.

4) Hantu sebelah
-Kisah hantu sebelah ini juga agak hangat diperkatakan apabila seorang pelajar mendakwa didatangi orang sebelah. Ini berlaku apabila tiba-tiba pintu asrama diketuk kemudian apabila ditanya, katanya orang sebelah. Namun apabila pintu dibuka, ternyata memang orang sebelah datang. Hanya sebahagian sahaja anggota tubuh yang tinggal manakala sebahagian lagi tidak kelihatan. (Hantu cacat ke?)

5) Hantu memberi salam dari tingkap
- Kisah hantu beri salam dari tingkap ini juga cukup popular diceritakan. Kebiasaanya, hantu ini akan menyapa pelajar daripada tingkap sedangkan pelajar tersebut berada di tingkat atas yang tidak memungkinkan sesiapa berada di luar tingkap! (hantu ni terbang agaknya)

ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'...
COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'...
04-28-2011 10,693 Views 12 Replies
Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian....(melayu)
Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian....(melayu)
08-23-2010 1,826 Views 0 Replies
Kisah perkahwinan orang dahulu - kala
Kisah perkahwinan orang dahulu - kala
10-30-2010 4,388 Views 4 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 7,242 Views 10 Replies
Mengelakkan OFF Topik
Mengelakkan OFF Topik
04-10-2011 11,337 Views 17 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kisah Hantu Nampak Kaki (Bertenggek atas atap) Mr.Pingu 0 2,179 01-06-2019, 02:04 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Makcik Karipap Mr.Pingu 0 1,923 12-27-2018, 12:56 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Pocong di Jepun Mr.Pingu 1 2,245 11-04-2018, 01:29 PM
Last Post: MrCoolMan
  Kisah Benar Seram Misteri: Rumah Zaman Silam yang menjelma kembali Mr.Pingu 0 4,033 06-05-2014, 01:45 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Benar: Penampakan Jelmaan Nenek Tua di Luar Rumah Mr.Pingu 0 3,274 06-04-2014, 03:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Seram: Hantu Mengekor masuk ke rumah Mr.Pingu 0 5,197 06-02-2014, 03:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah ayahku di tolak hantu Mr.Pingu 16 21,518 02-26-2013, 04:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Seram: Wanita Misteri Berbaju Putih Mr.Pingu 0 3,080 09-26-2012, 04:36 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Cerita Seram: Hantu di Sekolah Menengah Mr.Pingu 4 37,117 02-25-2012, 12:49 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Mr.PiNGU dicekik hantu Mr.Pingu 4 7,150 06-03-2011, 10:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah hantu menyerupai manusia + hantu jelmaan Mr.Pingu 10 17,841 05-11-2011, 09:54 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-10-2026, 09:29 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend