Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SuKaN v
« Previous 1 2 3 4 5 Next »

Jangan biar atlit jadi korban

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Jangan biar atlit jadi korban
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-19-2010, 06:43 AM
hussainbharian.com.my
2010/08/18

(DARI kiri), Siti Zubaidah Adabi, Lo Choon Seng, M Vadivelan dan Roslinda Samsu bergambar bersama logo Sukan Komanwel 2010 di Bukit Jalil, semalam.

Ekoran KOAM belum jelas hutang MOM jejas ke New Delhi, Guangzhou

"SEBAGAI seorang yang meminati dan mencintai sukan, saya yakin Presiden (Datuk Seri Shahidan Kassim) tidak tergamak membiarkan impian atlit untuk beraksi di Sukan Komanwel dan Asia berkubur semata-mata kerana hutang,” kata pengurus olahraga ke Sukan Komanwel, M Iyaru, semalam. Dia mengulas mengenai kemungkinan atlit yang sudah layak ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia tidak dibenarkan beraksi pada kedua-dua temasya itu selepas Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) masih belum menjelaskan hutang kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Mesyuarat Majlis MOM, bulan lalu memutuskan persatuan sukan kebangsaan yang masih belum melunaskan pembiayaan atlit Kategori B ke Sukan SEA Laos, tahun lalu tidak dibenarkan beraksi pada kedua-dua temasya itu.

“Saya percaya beliau akan menyelesaikan masalah hutang tertunggak itu,” katanya yang juga Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Perlis (PAAA) ketika majlis memperkenalkan atlit olahraga yang layak beraksi pada kedua-dua temasya itu di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Hadir sama Pengarah Persediaan Atlit MSN, Ahmad Shapawi Ismail dan Pengurus Sukan Olahraga MSN, Datuk M Magendran. Seramai empat atlit olahraga layak beraksi atas Kategori A pada Sukan Komanwel iaitu Teoh Boon Lim dan Lo Choon Seng (20 kilometer jalan kaki), Lee Hup Wei (lompat tinggi), M Vadivelan (800 meter), manakala tiga atlit P Yuvaraj (400m), Roslinda Samsu (lompat bergalah) dan Siti Zubaidah Adabi (100m) atas Kategori B. Hup Wei dan Roslinda turut layak beraksi dalam Sukan Asia atas Kategori A yang turut disertai kuartet 4x100m wanita dianggotai Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Siti Zubaidah dan Yee Yi Ling.

Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata, pihaknya menyerahkan kepada KOAM dan MOM menyelesaikan masalah hutang itu.

“Terpulang kepada KOAM menyelesaikan masalah hutang itu dengan MOM. Kita harap ia dapat diselesaikan agar membolehkan atlit yang sudah berlatih bersungguh-sungguh ini dapat beraksi,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Arsenal mahu Fabregas ikrar kesetiaan
Arsenal mahu Fabregas ikrar kesetiaan
08-08-2010 1,546 Views 0 Replies
teka jangan x teka.. ^_^
teka jangan x teka.. ^_^
05-05-2011 13,511 Views 10 Replies
Tiga atlit Sarawak dapat habuan
Tiga atlit Sarawak dapat habuan
11-10-2010 1,444 Views 0 Replies
Proton Preve
Proton Preve
05-27-2012 4,789 Views 6 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 7,253 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 04:10 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend