NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Burung Cenderawasih
#1


Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah. [Phoenix/infokito]

ni teori nye plak:

Dakwaan kononye cenderawasih berasal dari kayangan dan hanye turun ke dunie untuk mati sebenarnye tidak betol...kerane burung tersebut memang wujud didunie ni...kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung Kl pun ade dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001.

Kajian juge mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeze mengikut beberape ciri...antarenye saiz dan warne bulunye...spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakale paling kecik 16 sentimeter panjang. Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerane memiliki warne bulu yang lebih menarik dan kembang...mereke juge akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betine dalam tempoh mengawan...ia mampu bertelur antare 1 hingge 3 biji sebelum mengeramnye dalam tempoh 14-16 hari.

Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurge juge didapati auta! kerane burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatekan cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!! gak kerane bangkai haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimane-mane pameran.

macam mane kisah dongeng ini bole start??

Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19...iaitu ketike zaman penjajahan British dibeberape pelosok dunie...bangse barat itu tibe disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepale yang cantik dan menarik...hiasan kepale itu diperbuat daripade bulu cenderawasih jantan...lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknye... make masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah sekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepade penjajah British...kaki burung tersebut turut dipotong. Selepas beberape lame... penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerane mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput...make mereke mule menganggap bahawe burung itu ajaib dan berasal dari kayangan seterusnye...fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu. Macam mane plak dakwaan bahawe burung cenderawasih mampu menjadi pelaris dan membawe keuntungan berlipat kali gande??

Bangkai burung itu mungkin digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris...sebab barang bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antare bahan dalam upacare kurafat tersebut... hakikatnye perniagaan dan usahe itu menjadi laris bukan berpunce dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. (RedFa Pet)
Reply
#2
Ini boleh dikatakan spesis burung yang tercantik di bumi.. sgt indah..
Jgn tidur.. belajar-belajar rerajin ya adik-adik semua huhu_penat
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Spesis burung-burung cantik yang sukar untuk kita lihat Mr.Pingu 9 14,157 05-18-2011, 11:32 PM
Last Post: nad_dd257

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)