Salam semua. Rasanya tak perlu lagilah nak bercerita panjang tentang artis K-Pop rata-rata remaja sudah sedia maklum dengan identiti artis ini yang biasanya berwajah kacak - cantik, fesyen yang menarik dan muzik yang segar. Tapi jangan salah faham, saya tak minat K-Pop pun. Saya layan lagu-lagu melayu-indonesia je dan kadang-kadang Inggeris dan lagu berbahasa lain seperti Tagalog, Brazil, Sepanyol, Arabic dan sebagainya.
Sekarang ni, K-Pop dah jadi satu fenomena (mungkin) dimana ramai remaja kita di Malaysia tergila-gilakan mereka tak kira dari segi lagu, fesyen atau paras rupa mereka. Taulah mereka ni comel-comel tapi jangan tertipulah ramai antara mereka yang buat plastic surgery je. Tak caya pi wat research.

Bagi akulah, korang nak layan K-Pop pun layanla. Aku tak kisah pun tapi berpada-padalah janganlah fanatik sangat. Ni tidak kalau cinta, suka sayang bermati-matian mempertahankan artis K-Pop pujaan mereka dan jika tak suka, dengki, irihati, sanggup pula hina K-Pop sekerasnya seperti yang terjadi di Shout Awards baru-baru ini. Dengar-dengar artis K-Pop dibaling kasut dan segala macam barang. Aku yang dengar ni pun malu betul dengan sikap rakyat Malaysia ni la. Kononya berbudaya tinggi, sopan santun, berbudi bahasa tapi haramlah. Aku masa melawat Jepun last few week pun rasa malu apabila rakyat Jepun lebih berbudi bahasa dan sopan santun. Jauh sekali dibandingkan dengan sebahagian rakyat Malaysia.
Bagi yang Muslim tu, K-Pop pun K-Pop gak, mengaji jangan lupa. Hidup di dunia ni sementara je. Bekalan amalan tu kene isi penuh-penuh sebelum Menghadap-Nya. Sekian sahaja
Bagi yang Muslim tu, K-Pop pun K-Pop gak, mengaji jangan lupa. Hidup di dunia ni sementara je. Bekalan amalan tu kene isi penuh-penuh sebelum Menghadap-Nya. Sekian sahaja