Disebalik pergolakan Tebing Gaza akibat pencerobohan Rejim Zionis Yahudi, umat Islam di seluruh Dunia marah dan bersimpati keatas nasib saudara-saudara kita di sana. Bukan sahaja umat Islam malahan bangsa lain dan beragama lain juga ada yang bersimpati akan nasib umat Islam dan turut sama membantu. Bagaimana mereka membantu? salah satunya dalah melalui program boikot barangan Yahudi. Jadi, umat Islam di Malaysia, apa respond anda? adakah anda tidak mahu turut serta dalam program boikot barangan yahudi?

Ada yang kata boikot barangan Yahudi itu perbuatan sia-sia kerana ia tidak memberi kesan yang besar kepada ekonomi Israel. Namun begitu, sedikit usaha itu cukup bagi kita untuk menunjukkan bahawa kita prihatin terhadap nasib umat Islam Palestin dan Memerangi Yahudi. Memang benar terdapat banyak barangan Yahudi di pasaran dunia termasuk Malaysia. Namun, untuk produk yang kita boleh elakkan, perlulah kita elakkan. Allah tidak melihat kepada kejayaan kita melakukan sesuatu tetapi Allah menghitung usaha yang dilakukan oleh kita terhadap sesuatu perkara itu.
Produk Boikot 1 ## Nestle

Nestlé merupakan syarikat makanan terbesar di dunia, ia memiliki 53.8% pegangan saham dalam syarikat peneraju pengeluaran makanan Israel, Osem, sebuah pelaburan yang bernilai lebih $850 million. Pada tahun 1998, Mr. Peter Brabeck-Letmathe yang mewakili nestle, telah menerima anugerah 'Jubilee Award' dari perdana menteri Israel Netanyahu . Berterusan daripada itu, pada Jun 2002 Nestle telah membuka pusat Kajian dan Pembanggunannya di Israel, di Sderot. Sejak daripada itu, ia telah menambah pelaburannya ke atas Israel secara konsisten, 10% pegangan sahamnya di dalam Osem kini bertambah menjadi 53.8%.
Nestle juga merupakan pemilik Nespresso Israel Ltd di Tel Aviv yang membekalkan alat penghasilan air kopi. Pada 2010 Nestle memperoleh 51% pegangan dalam syarikat pemakanan kanak-kanak Israel, Materna Laboratories sebanyak $72 million. Nestle memiliki 9 buah kilang di Israel, iaitu jumlah terbanyak selepas China(18) dan Russia(11) jumlah yang terbanyak berbanding mana-mana negara di Asia - adalah tersangat tinggi jika dibandaingkan dengan saiz negara dan kepadatan penduduk.
Pada Mei 2011, Nestle pengumumkan perancangan membina sebuah lagi kilang di Israel, kilang ais krim yang bernilai $40 million. Nestlé juga memegang 30% saham dalam L'Oréal, sebuah lagi syarikat yang berada dalam senarai boikot. Nestle merupakan satu produk yang telah sinonim dengan rakyat Malaysia. Namun begitu, kita boleh cari alternatif produk lain selain Nestle.. Kita boleh!

Produk Boikot 2 ## Coca Cola

Disebalik ramai rakyat Malaysia berdiskusi tentang boikot Mac Donald sebagai usaha memerangi Rejim Yahudi secara halus, tidakkah anda terlepas pandang akan produk Coca Cola yang terlalu banyak dijual di pasaran? Coca Cola juga merupaka produk Yahudi. Sebenarnya, Coca Cola itupun tidak elok diminum dan banyak orang telah membuktikan kandungan coca cola yang tidak sihat itu. Jadi apa lagi, boikot Coca Cola dan pilih produk lain yang lebih berkhasiat dan tidak menyumbang kepada Rejim Zionis Yahudi. Semoga sedikit usaha kita ini mendapat pahala.