NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kenangan Mengambil Keputusan PMR di Sekolah
#1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buka je facebook harini ramai betul rakan-rakan update tentang keputusan PMR. Walaupun ramai antara mereka yang dah tua bangka, namun mereka tak lupa tentang sejarah mereka mengambil keputusan PMR. Saya juga begitu. Teringat kenangan mengambil PMR 13 Tahun dahulu. Lama masa itu telah berlalu. Yang saya ingat, guru kelas saya yang memberikan slip keputusan PMR kepada saya sambil mengucapkan tahniah kepada saya. Masa tu, saya muncul sebagai salah seorang pelajar Terbaik PMR di sekolah. Sungguh tak disangka sebab masa menjawab soalan tu blank gak banyak soalan tapi disebabkan banyak pilihan A,B,C,D, saya pun main tembak-tembak je. Tak sangka tembak-tembak pun banyak kene hehe..

Teringat ambil keputusan PMR, teringat juga tentang guru kelas saya tu yang dah pun Arwah beberapa tahun lalu akibat Barah Payudara. Sungguh tak disangka sebab beliau masih muda untuk pergi namun Tuhan lebih sayangkan beliau. Jasa beliau mendidik saya sehingga berjaya tak akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat.

Saya berharap adik-adik sekarang pun ramai yang mampu mendapat keputusan cemerlang. Sebenarnya belajar pada waktu sekarang lebih mudah kerana kelengkapan pembelajaran yang mencukupi dan mudah didapati. Internet pun sudah digunakan secara meluas dan boleh dijadikan medium mencari maklumat. Namun, ada juga cabarannya kerana pada zaman IT ini juga, ramai anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah terlampau leka bermain game online, chatting tanpa tujuan dan juga melayari website-website tidak bermanfaat. Seharusnya mereka menggunakan masa terluang sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran dan memantapkan ilmu pengetahuan.

Buat mereka yang mengambil keputusan PMR pada tahun ini, apa jua keputusannya, terimalah dengan hati yang terbuka. Kalau cemerlang, teruskan usaha untuk lebih cemerlang manakala yang kurang cemerlang, bukan bermaksud anda tidak boleh berjaya pada masa hadapan kerana usaha tangga kejayaan =)

Sekian sahaja daripada saya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

**RDIJA SIGNATURE, WEAR WITH PRIDE, KOLEKSI EXCLUSIVE **



Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kelibat Lembaga Paling Seram dan Menakutkan di Sekolah Mr.Pingu 1 3,857 03-21-2013, 03:47 PM
Last Post: akuccputsedut
  Pelajar Sekolah bawa telefon Bimbit ke Sekolah: Perlu ke? Mr.Pingu 14 9,278 02-21-2013, 02:06 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kenangan mengambil Result SPM Mr.Pingu 1 3,136 03-21-2012, 12:54 PM
Last Post: mawar_hijau
Exclamation Kes Buli Dikalangan pelajar Sekolah Mr.Pingu 0 2,573 02-16-2012, 12:24 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)