Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN |

>>> PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

BLOGLIST: | GEMPAKZ |  | LIRIK |  | KARAOKE |  | PROMOSI | | MR.PINGU |

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
01-30-2013, 05:25 PM (This post was last modified: 01-30-2013 07:03 PM by Mr.Pingu.)
Post: #1
Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
Bagaimana untuk menjadi blogger hebat?

[Image: blogger+hebat.jpg]

Persoalan ini sering bermain dalam benak fikiran kebanyakkan blogger. Namun begitu, apakah maksud blogger yang dikatakan hebat? Mungkin setiap orang ada definisi mereka tersendiri. Adakah kehebatan blogger itu diukur oleh populariti mereka? Trafik blog? Tulisan yang hebat? Pengikut yang ramai? Ya! Itu adalah beberapa kategori blogger hebat dalam perspektif individu.

Sesetengah blogger tidak kisah tentang trafik blog yang mereka dapat. Sedikit atau banyak itu tidak menjadi keutamaan yang mereka pentingkan ialah kualiti penulisan mereka berada pada tahap terbaik. Blogger untuk kategori ini memang saya puji kerana kebiasaannya mereka akan menulis mengikut gaya bahasa dan kepakaran mereka sendiri manakala isi penulisan mereka adalah sangat tulen. Blogger jenis ini biasanya akan berjaya pada masa akan datang kerana akan ada pembaca yang mengikuti perkembangan blog jenis ini.

Jenis blogger seterusnya ialah jenis yang sangat mementingkan trafik dimana setiap masa mereka akan fikirkan tentang trafik dan bagaimana mendapatkan trafik yang banyak. Kadangkala tulisan mereka masih Original namun mereka akan spam link blog mereka dimana-mana sahaja tempat yang tidak sepatutnya seperti status facebook kawan-kawan, email, ruangan komen blog lain, chatbox dan sebagainya untuk mempromosikan entry blog masing-masing. Blogger jenis ini biasanya akan dibenci oleh ramai orang. Lebih menyedihkan jika blogger jenis ini menghidangkan entry yang hanya di copy-paste daripada sumber lain lebih-lebih lagi tidak memberi kredit kepada penulis asal. Justeru, elakkan menjadi blogger jenis ini.

Seterusnya, blogger yang mementingkan populariti diri mereka lebih daripada tulisan mereka sendiri. Kebiasaannya blogger jenis ini terdiri daripada blogger wanita. Lelaki ada juga tapi kurang. Blogger jenis ini kebiasaanya cenderung untuk menggunakan gambar mereka secute and secomel mungkin untuk dijadikan header blog masing-masing. Selain itu, entry blog mereka kebiasaanya mereka akan bercerita tentang diri mereka dan apa aktiviti mereka selain gemar menyisipkan gambar-gambar mereka dalam artikel ditulis. Blogger jenis ini tidak ada salahnya kerana hak untuk mempopularkan diri mereka adalah hak individu malahan ramai di kalangan blogger jenis ini yang berjaya menjadi blogger terkenal dan mendapat trafik blog yang banyak. Kita lihat sahaja Hanis Zhalika, Ben Ashaari, broframestone, Redmummy, dan cikepal sebagai contoh. Menjadi penulis yang dikenali menjadikan kisah hidup mereka atau apa sahaja aktiviti mereka menjadi tumpuan dan perhatian peminat-peminat mereka. Saya boleh simpulkan wajah cute dan identiti sebagai penulis yang dikenali juga merupakan aset bagi blogger untuk berjaya.

Kontra kepada blogger atau penulis blog yang dikenali adalah penulis yang tidak dikenali. Selain hanya menggunakan nama samaran dalam penulisan, mereka juga langsung tidak mendedahkan identiti mereka melalui di laman blog mereka apatahlagi nak share gambar sendiri. Persoalannya, adakah penulis jenis ini boleh berjaya dalam dunia blogger? Jawapan saya adalah "YA"

Sudah tentu setiap orang mampu berjaya sebagai seorang blogger hebat jika kena caranya. Jika tidak mahu dikenali, mereka boleh tarik pembaca dan peminat mereka melalui cara penulisan dan juga isi blog yang super duper hebat. Salah satu contoh blogger yang tidak dikenali dan berjaya dalam dunia blogger ialah Bro Denaihati (Malangnya sekarang identiti beliau telah terdedah). Asalnya, denaihati menjadi penulis yang tidak dikenali namun atas kehebatan penulisan beliau (Saya salah seorang peminat blog beliau), Denaihati berjaya menempatkan blog beliau di tahap yang cukup membanggakan. Sehingga kini, Bro Denaihati terus menerus cemerlang dengan penulisan hebat dan juga pelbagai aktiviti menarik yang beliau anjurkan melalui contest blog dan juga aktiviti luar. Saya difahamkan, Denaihati berjaya buat satu event untuk para blogger yang telah dihadiri oleh ramai blogger Otai. Kalaulah saya ada kesempatan dan keizinan pasti saya ingin menyertai juga kerana nak juga berkenalan dengan blogger lain terutamanya yang berstatus "otai"

Berbalik kepada persoalan blogger hebat, saya pernah terjumpa seorang blogger yang hanya menulis tidak lebih daripada 15 entry blog sepanjang dia membuka blog beliau dalam 3 tahun. Akan tetapi, blog beliau mendapat lebih daripada 70,000 facebook like! Jangan tak percaya. Mengapakah banyak sangat like dia boleh dapat dengan entry yang sedikit itu dan jarang dia update blog? Jawapannya adalah pada kehebatan tulisan beliau sendiri yang pada pendapat saya cukup WOooWw! Cukup kreatif, jujur dan tersendiri. Nama blogger dan alamat blogger beliau malangnya saya dah lupa pula sebab masa tu buka blog tersebut kerana kawan saya yang syorkan. Namun, wajah pemilikblog dan tulisan beliau masih tersemat di fikiran saya. Oleh itu, saya cadangkan anda cari idea untuk menulis entry yang kretif dan tersendiri. Memandang kepada diri saya sendiri, saya lebih senang menggunakan bahasa biasa yang standard. Bukan tak reti nak tulis secara luar kebiasaan tapi rasa janggal pula nak ubah kebiasaan.

Menjadi blogger hebat bukan boleh diraih dengan masa yang singkat tetapi memerlukan usaha yang keras dan bersungguh-sungguh. Jadilah blogger yang beretika dimana anda bertanggungjawab atas penulisan anda dan menulis tanpa ada unsur penipuan atau menulis sesuatu yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya. Kita sebagai blogger perlu mengangkat martabat blogger dan mengubah persepsi masyarakat yang banyak memandang serong kepada blogger. Tidak dinafikan sebahagian blogger memang tidak beretika tetapi kita perlu mengubah perkara ini bermula dengan diri kita sendiri. Sekian sahaja.

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote

JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<

02-05-2013, 04:26 PM
Post: #2
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
camne hang leh taip panjang2 nih.. pening laa aku nak baca... huhuhu

Segalanya ada disini..
[Image: 4614398743_a53426e0fa.jpg]
Quote
02-05-2013, 04:41 PM
Post: #3
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
(02-05-2013 04:26 PM)akuccputsedut Wrote:  camne hang leh taip panjang2 nih.. pening laa aku nak baca... huhuhu

aku taip gune hp aku je dikala masa lapang.. ni pun take time gak hehe.. kalau dh siap baru post.. kalau aku guna pc malas nak taip pjg2 hehee

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
02-05-2013, 05:21 PM
Post: #4
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
(02-05-2013 04:41 PM)Mr.Pingu Wrote:  
(02-05-2013 04:26 PM)akuccputsedut Wrote:  camne hang leh taip panjang2 nih.. pening laa aku nak baca... huhuhu

aku taip gune hp aku je dikala masa lapang.. ni pun take time gak hehe.. kalau dh siap baru post.. kalau aku guna pc malas nak taip pjg2 hehee

guna hp leh taip panjang2.. guna pc malas nak taip panjang.. muskil2.. huhuhu Undecided

Segalanya ada disini..
[Image: 4614398743_a53426e0fa.jpg]
Quote
02-05-2013, 07:24 PM (This post was last modified: 02-06-2013 01:02 AM by Mr.Pingu.)
Post: #5
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
ye la sbb guna pc xleh nak save2 taip terus publish.. kalau handphone leh save dulu artikel.. melainkan aku taip guna microsoft office dulu baru letak di blog hehee

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
02-05-2013, 10:24 PM
Post: #6
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
untunglaa da hp canggih...

Segalanya ada disini..
[Image: 4614398743_a53426e0fa.jpg]
Quote
02-06-2013, 01:03 AM
Post: #7
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
ala aku gune iphone lama je.. sekarang dah kuar sampai iphone 5 pun heeehee,..

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
02-06-2013, 09:20 AM
Post: #8
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
(02-06-2013 01:03 AM)Mr.Pingu Wrote:  ala aku gune iphone lama je.. sekarang dah kuar sampai iphone 5 pun heeehee,..

untung laa ada iphone... hp aku leh sms ngan call aje...

Segalanya ada disini..
[Image: 4614398743_a53426e0fa.jpg]
Quote
02-06-2013, 04:30 PM (This post was last modified: 02-06-2013 05:11 PM by Mr.Pingu.)
Post: #9
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
hehe belila satu cput.. aku cadangkan iphone.. senang ko nak update blog ko nanti.. sbb ada aplikasi disediakan.. hehe

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
02-06-2013, 05:08 PM (This post was last modified: 02-06-2013 05:11 PM by Mr.Pingu.)
Post: #10
RE: Ciri-ciri blog dan blogger hebat best terbaik
(02-06-2013 04:30 PM)Mr.Pingu Wrote:  hehe belila satu cput.. aku cadangkan iphone.. senang ko nak update blog ko nanti.. sbb ada aplikasi disediakan.. hehe

kalau android takleh nak update blog ke..??? sIII ke noteII takleh update blog ke..??

aku belum rasa nak beli laa... tapi kalau beli mesti laa aku nak beli yang bleh bantu aku siap2 kan keje macam update blog dimana2 sahaja... atau reply comment2 kat blog aku...

nak tulis diari online lagi ha... kena le yang bleh layan semua kan...

Segalanya ada disini..
[Image: 4614398743_a53426e0fa.jpg]
Quote
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook