Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 8 9 10 11 12 ... 40 Next »

Pelajar Pengajian Tinggi tidak Perlu Bayar Hutang PTPTN

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pelajar Pengajian Tinggi tidak Perlu Bayar Hutang PTPTN
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-26-2013, 04:47 AM
Berita baik buat pelajar pelajar lepas Universiti, Kolej ataupun apa sahajalah berhubung dengan institusi pengajian tinggi pelbagai cabang.. Para pelajar diumumkan untuk tidak perlu membayar hutang PTPTN // tetapi hanya jika.. hanya jika.. hanya jika anda tidak berhutang dengan PTPTN! hahahahaha... Ataupun anda tergolong dalam 16,000 orang yang dikecualikan kerana mendapat ijazah kelas pertama! haha. jangan berangan ye nak benda free tak dapat la beb! Hutang perlu dibayar Ok macam aku gak ada 900+ tak bayar lagi. Hope sikit masa lagi langsai!

Quote:
Lebih 16,000 pelajar lulus kelas pertama tidak perlu bayar pinjaman PTPTN

TEMERLOH: Seramai 16,051 pelajar yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar pinjaman pengajian mereka apabila lulus Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bagi tempoh 1 Oktober tahun lalu hingga 31 Januari lalu. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata pelajar terbabit dikecualikan membayar pinjaman mereka selepas PTPTN menukarkan status pinjaman itu kepada biasiswa.

"Sehingga 31 Januari tahun ini, kerajaan melalui PTPTN sudah menukar pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan pelajar terbabit yang memperolehi ijazah kelas pertama.

"Bagaimanapun mereka yang berjaya dan mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama itu perlu tampil membuat permohonan untuk menukarkan status pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,066 orang bujang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak, Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak PTPTN tidak menetapkan tempoh untuk pelajar terbabit mengemukakan permohonan bagi menukarkan status pinjaman mereka itu kepada biasiswa. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, seramai 17,317 peminjam membuat bayaran balik sekali gus dengan kadar potongan diskaun sebanyak 20 peratus sejak 1 Oktober tahun lalu sehingga 31 Januari tahun ini membabitkan diskaun berjumlah RM62.11 juta.

"Selain itu seramai 953 peminjam yang disenaraihitamkan turut menyelesaikan hutang mereka sekali gus membabitkan pembayaran berjumlah RM5.1 juta," katanya.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, PTPTN memperuntukkan RM4.24 bilion untuk diagihkan kepada pelajar pada tahun ini.

"Daripada jumlah itu sebanyak RM2.9 billion diperuntukkan kepada 501,414 pelajar sedia ada, manakala selebihnya kepada 211,098 pelajar baru," katanya.

Beliau berkata, sehingga 31 Januari lalu, PTPTN meluluskan pinjaman kepada 2.15 juta pelajar membabitkan peruntukan sebanyak RM48.27 bilion. -
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
08-22-2010 1,197 Views 0 Replies
Minyak Enjin - Apa yang perlu anda tahu
Minyak Enjin - Apa yang perlu anda tahu
08-11-2010 2,534 Views 1 Replies
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
08-08-2010 1,250 Views 0 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 8,996 Views 3 Replies
Ayat-ayat poyo
Ayat-ayat poyo
11-03-2010 11,915 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 08:01 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend