NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mati kerana tertelan Gigi Palsu
#1
Harap dijadikan pengajaran. Kepada mereka yang pakai gigi palsu hope buka ketika tidur. Rendam dalam air macam nenek2 buat hehe

GEORGETOWN - Seorang kontraktor yang memakai gigi palsu ketika tidur dilaporkan maut selepas tertelan giginya itu di rumahnya di Farlim, Air Itam di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Choo Hock Meng, 44, dipercayai tidur berdengkur sebelum terbatuk sehingga menyebabkan dia tertelan giginya dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat giginya tersangkut di tekak.

Menurut sumber polis, kejadian itu disedari isterinya Wu Huiling, 42, yang mendapati suaminya mengalami kesukaran bernafas dan wajahnya bertukar menjadi kebiruan.

Sebelum kejadian, mangsa bersama isterinya sedang menonton TV sebelum mangsa masuk tidur terlebih dahulu. Isterinya masuk ke bilik tidur tidak lama kemudian apabila mendengar suara suaminya seperti sedang menghadapi masalah.

"Isteri mangsa kemudiannya mendapati suaminya tertelan gigi palsu, lantas dia menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Suaminya didapati tidak bernyawa oleh anggota ambulans yang tiba di rumah mereka," kata sumber itu.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan maut akibat tertelan gigi palsunya.

"Bedah siasat mendapati gigi palsu mangsa di bahagian rahang atas yang mempunyai tiga kuntum gigi tersangkut di tekak mangsa menyebabkannya mengalami kesukaran untuk bernafas," katanya.

Mangsa dikatakan memakai gigi palsu sejak 20 tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- Bernama

sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/mau...r-1.137588
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Thumbs Down Dah puas tikam tunang sampai mati, dia minum racun dan mati gak Mr.Pingu 9 11,108 05-08-2011, 05:47 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)