08-21-2010, 11:54 AM
Oleh - Abd Jalil Ali
Apabila Kerajaan Pas Kelantan melancarkan mata wang syariah – dinar dan dirham – minggu lalu, tokoh dan pemimpin dari parti-parti lawan, termasuk UMNO, menganggap itu sebagai langkah tidak bijak. Pas dan rakan-rakan PR kata benda itu baik, parti-parti BN kata itu tidak sesuai.
Sama jugalah halnya apabila pentadbiran Najib memperkenalkan konsep ‘1 Malaysia’, pembangkang bukan sahaja menghentam, sebaliknya memperlekeh habis-habisan hingga ke dalam Parlimen. Slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ juga dijadikan bahan lawak dalam kalangan pembangkang.
Bila ada cakap-cakap untuk UMNO-Pas berpakat, konon demi orang Melayu, masing-masing pihak mengeluarkan pandangan bercanggah, saling menghentam, saling menuduh. Belum berbincang sudah bergaduh. Akhirnya perkara yang dianggap baik itu menjadi lawak jenaka.
Bagi PR, apa sahaja yang dibuat BN, semua tidak bagus, tidak ada faedah walau setengah sen pun. Sama jugalah dengan BN, apa sahaja yang dibuat oleh PR adalah tidak sesuai, tidak relevan. Mustahil tidak ada satu pun yang baik dari BN. Mustahil juga semua yang dibuat oleh PR tidak baik.
Oleh sebab ‘berbalas pantun’, ‘bersajak kabur’ dan tuduh-menuduh yang tidak berkesudahan ini, rakyat sudah tidak ambil pusing lagi. Mereka menganggap ini hanya sandiwara politik yang dibuat untuk kepentingan politik juga. Mereka malah bertanya, sekiranya semua untuk kepentingan politik, mana pula kepentingan rakyat?
Sejak tsunami 2008 kita memang tidak habis-habis dengan sandiwara. Ada yang bersiri, ada yang berepisod. Macam juga siri ‘opera sabun’ di TV, sandiwara-sandiwara ini juga penuh dengan babak-babak cemas, tegang, seram dan sebagainya. Ada yang menimbulkan simpati, ada yang menaikkan rasa benci.
Malah, ada juga siri drama dan sandiwara yang melucukan, macam ‘sitcom’ atau komidi semasa. Contoh komedi: Penemuan surat misteri tulisan tangan arwah yang hendak dijadikan satu lagi bahan bukti di mahkamah. Ramai bertanya, surat itu telah sekian lama ditemui dalam beg si mati, kenapa baru sekarang didedahkan?
Maka ada yang meramalkan tidak lama lagi akan muncul pula beberapa surat tulisan tangan untuk membongkar kes-kes besar yang menghangatkan negara. Apakah orang boleh percaya pada surat-surat tersebut? Di tempat kita, usahkan surat bertulis tangan, perakuan bersumpah pun orang sudah tidak percaya. Sama ada surat wasiat, perakuan bersumpah atau apa sahaja dokumen, orang menganggap semua itu hanya setaraf surat layang.
Komedi terkini: Tidak hujan, tidak ribut, tidak fasal-fasal seorang menteri besar mendengar bunyi pelik di pejabatnya. Rupa-rupanya ada kamera ala pengintip James Bond 007 dipasang di situ. Apa agaknya yang hendak diintip tentang Yang Amat Berhormat itu? Bagaimana bilik yang dikawal rapi sepanjang 24 jam boleh dimasuki ‘spy’? Kalau di situ ada CCTV mungkin pengintip tidak pro itu boleh dijejaki. Atau, apakah pejabat MB pun tidak ada CCTV sama seperti bangunan pejabat SPRM di mana mayat Beng Hock ditemui?
Mungkin kita terlalu banyak drama dan sandiwara, sehingga semua pelakon dan penonton terlupa atau tidak perasaan sangat pada perkara lebih besar yang berlaku di hadapan mata setiap detik. Ini bukan drama atau sandiwara, tetapi betul-betul tragedi. Sambil berdrama dan menonton drama, perhatikan angka-angka ini yang dikeluarkan oleh polis:
Sepanjang lima tahun ini 472 bayi malang telah dibuang di seluruh negara, sebahagian besar ditemui sudah mati. Ada yang masih bertali pusat. Ada yang sudah dihurung semut. Ada yang dibuang dalam longkang. Ada yang dibuang dalam tong sampah. Ada yang dimakan anjing. Ada yang terapung di tasik.
Mengikut laporan, setakat minggu lalu pada tahun ini sahaja seramai 65 bayi dilaporkan dibuang iaitu 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 24 janin yang tidak diketahui jantinanya. Tahun lepas 79 kes dicatat iaitu 25 lelaki, 29 perempuan dan 25 janin yang tidak dikenal pasti jantina.
“Pada tahun ini walaupun belum sampai lapan bulan sudah nampak ada peningkatan pembuangan bayi yang amat mengecewakan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Telah diumumkan bahawa kes buang bayi hingga menyebabkan kematian akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala jika bayi berkenaan masih hidup, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 307 kanun sama atas cubaan membunuh. Apakah ini akan mengurangkan kes buang bayi?
Sila ambil serius fakta-fakta ini. Jangan asyik berperang politik untuk menang pilihan raya umum akan datang. Jangan asyik bermimpi dan melihat ke Putrajaya. Lihat juga dalam longkang kita yang saban hari ada bayi mati. Ini bukan satu sandiwara!