Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 7 8 9 10 11 ... 40 Next »

PRU 13: Tarikh parlimen dibuburkan dan tarikh Pilihan Raya 13 PRu13

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
PRU 13: Tarikh parlimen dibuburkan dan tarikh Pilihan Raya 13 PRu13
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-15-2013, 04:58 AM
Semakin hari semakin terasa. Teka teki mengenai tarikh pilihanraya umum terus hangat diperkatakan. Dan ramai yang menjangkakan bahawa Kerajaan sedia ada akan mengekalkan kuasanya sehingga parlimen terbubar sendiri kerana sudah capai tempoh maksima ditetapkan. Segala teka teki yang terus bermain di benar fikiran kita semua kini mungkin ada jawapannya sekarang. Baca info dibawah:


Quote:
SRP; Parlimen Akan Bubar Secara Automatik

PARLIMEN BUBAR secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April seperti diuar-uarkan sebelum ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilangsungkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun PRU, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya berlangsung, bukan tarikh pilihan raya umum diadakan dan pengiraan berkenaan sudah disahkan penasihat undang-undang suruhanjaya berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik iaitu 27 Mac ini jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu.

Ramai termasuk pemimpin politik tidak sedar perkara ini hingga buat andaian Parlimen sepatutnya terbubar sendiri 9 Mac lalu. Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008, tetapi disebabkan 28 April 2013 jatuh pada Ahad, ia dibawa kepada 29 April dan Parlimen bubar secara automatik 30 April, katanya.

PM MASIH BERBUASA

Aziz berkata, sehingga 30 April itu, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan adalah sah, malah apabila Parlimen dibubarkan, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menolak dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jumlah pengundi di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok melebihi penduduk.

Tindakan beliau menyebarkan perkara itu melalui akhbar partinya dilihat tidak ikhlas dan cuba mengelirukan orang ramai, sedangkan SPR memberi ruang kepada mana-mana pihak yang mencurigai daftar pemilih untuk membantah ketika Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun dipamerkan, katanya dalam satu kenyataan.

Kamaruddin, berkata, DM Bestari Jaya Utara lebih luas dan tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya, sebaliknya bermula dari sempadan Ladang St Andrew dan berakhir di sempadan Kampung Sungai Darah dengan dipisahkan jalan utama Batang Berjuntai-Kuala Selangor.

DM Bestari Jaya Utara mengandungi 18 lokaliti iaitu taman perumahan, kampung tradisi, kuarters kerajaan dan penempatan utama. Kenyataan Menteri Besar Selangor itu dipercayai hanya merujuk Bestari Jaya Utara yang didakwa mempunyai hanya 1,788 penduduk dan ia adalah tidak benar.

Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, pemilih di DM Bestari Jaya ialah 3,558 orang, peningkatan 1,317 orang berbanding 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baru iaitu taman perumahan, katanya.

Beliau berkata, hasil semakan bagi 2006 ketika Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007, pemilih di sana 2,241 orang, tetapi perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibantah ketika Khalid bertanding seterusnya menang kerusi itu.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
08-17-2010 1,896 Views 0 Replies
Kematian misteri
Kematian misteri
08-04-2010 1,487 Views 0 Replies
Sabah & Sarawak: Hakisan, cetek
Sabah & Sarawak: Hakisan, cetek
08-08-2010 1,788 Views 0 Replies
Hari Raya Pasti akan Berbeza Tahun ini
Hari Raya Pasti akan Berbeza Tahun ini
01-11-2011 2,716 Views 1 Replies
Goreng menggorenggg dlm exam!!
Goreng menggorenggg dlm exam!!
05-14-2011 9,153 Views 17 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Keputusan Pilihan Raya Negeri Sembilan 2026. Mengapa PH kalah! Mr.Pingu 1 1,728 08-24-2026, 06:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Cuti Khas Pilihan Raya 2022 Mr.Pingu 0 9,246 11-15-2022, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ulasan Lengkap Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 Mr.Pingu 0 1,426 05-09-2016, 06:05 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Hakikat Keputusan Pilihan Raya 13 PRU13 Mr.Pingu 0 1,904 05-15-2013, 06:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pilihan Raya PRU13: Confirm Barisan Nasional Menang Besar Mr.Pingu 6 6,967 03-02-2013, 01:33 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Semak Daftar Pemilih untuk Mengundi Pilihan Raya 13 (PRU 13) dan seterusnya Mr.Pingu 0 2,328 02-11-2013, 02:19 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Pilihan Raya Umum ke 13 2012 atau 2013? Mr.Pingu 0 2,428 06-28-2012, 09:14 AM
Last Post: Mr.Pingu
  CUEPACS mahu tarikh kuat kuasa SBPA kekal pada 1 Jan Mr.Pingu 0 1,713 02-20-2012, 08:24 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-02-2026, 08:51 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend