Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › MoMoK v
1 2 3 4 Next »

Jin Menghuni Tubuh - Cara mengesannya?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Jin Menghuni Tubuh - Cara mengesannya?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-29-2013, 12:09 AM
Hidupan di Dunia ni tidak hanya ada manusia, haiwan dan tumbuhan serta mikroorganisma yang lain akan tetapi terdapat juga makhluk ghaib yang kita kenal sebagi Jin dan Syaitan. makhluk ini mempunyai kebolehan melihat manusia dan memasuki tubuh manusia tetapi manusia kebiasaannya tidak dapat melihat mereka.

Kadangkala ada manusia yang hidup tersiksa dan ditimpa penyakit misteri kerana tubuh mereka didiami jin. Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui akan kehadiran mahkluk-makhluk ini dalam tubuh kita?

Jawapannya, mungkin dengan melakukan cara dibawah ini boleh membantu. wallahualam.. Cubalah..
Quote:
CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Mimpi Pelik lagi Misteri pingu di malam hari
Mimpi Pelik lagi Misteri pingu di malam hari
02-21-2013 2,260 Views 0 Replies
Imej menakutkan di sebuah gua di utara Malaysia
Imej menakutkan di sebuah gua di utara Malaysia
11-06-2010 6,389 Views 7 Replies
Mayat baby di thailand
Mayat baby di thailand
08-09-2010 1,556 Views 0 Replies
Wonderful:Criminal minds
Wonderful:Criminal minds
05-28-2011 1,297 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
03-26-2012 3,842 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
07-06-2014, 08:54 PM
cara lain bagi mengesan jin dalam tubuh:


CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA

Assalamualaikum,,disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.

sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.

1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.

PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 07:31 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend