Kesempatan melawat United Kingdom memang sudah menjadi impian aku sejak lama sejak ramai yang sebut akan seronoknya melawat atau tinggal di bumi United Kingdom ini, lebih-lebih lagi di Kota London. Aku tak sangka bahawa aku akan sampai juga ke Kota London. Tapi kali ini aku nak cerita sedikit tentang Edinburgh, scotland yang berada di Utara United Kingdom. perjalanan memakan masa 5 jam menaiki kereta api laju. Seronok sekali melihat Kota edinburgh yang bagi aku cukup klasik, sebijik seperti aku menonton filem-filem mat saleh yang lama-lama.
Sebenarnya, bandar ini tidaklah semuanya lama. Ada bangunan baru tetapi mereka mengekalkan seni bina klasik sebagai mercu atau identiti mereka. Saya tinggal di sebuah hotel yang dari luar seperti bangunan lama menggunakan batu bata tetapi di bahagian dalam memang class sangat.
saya sempat melawat istana lama atas bukit dan juga kota lama bawah tanah. sangat kagum dimana diatasnya berdiri bangunan-bangunan besar yang megah tetapi di bahagian bawahnya tersimpan Kota lama yang ditinggalkan generasi dahulu.
Dibawah saya sertakan gambaran Kota Edinburgh buat tatapan pembaca semua =)