NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Khutbah Jumaat: Ashabul Yamin (Golongan Kanan)
#1
Intipati Khutbah Jumaat Masjid Al Imam Al Ghazali
5 Syaaban 1434H
Tajuk : Ashabul Yamin (Golongan Kanan)

"Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?. Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian." Al-Waqiah [27-40]

Di Padang Mahsyar nanti akan diserahkan buku-buku amalan setiap dari kita. Adakah kita tergolong dari golongan kanan iaitu menerima buku amalan dengan tangan kanan atau kita terdiri dari golongan kiri yang menerima buku amalan dengan tangan kiri dari belakang?

Antara langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menjadi golongan Ashabul Yamin adalah

1. Ibadah yang soleh
- Lakukan amalan-amalan soleh. Jauhi amalan yang merosakkan aqidah.

2. Akhlak yang mantap
- Ikut akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Pada dirinya semulia-mulia akhlak untuk dicontohi. Kesempurnaan akhlak juga akan menyebabkan orang bukan Islam juga boleh tertarik dengan Islam.

3. Bersungguh-sungguh melawan nafsu
- Nafsu merupakan musuh manusia. Jihad yang terbesar adalah melawan hawa nafsu. Kawal sebaiknya nafsu itu.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Khutbah Jumaat: Harta Dunia yang Sementara Mr.Pingu 0 1,453 10-12-2018, 03:47 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Perlukan Solat Jumaat Jika hari Raya Jatuh pada Hari Jumaat? Mr.Pingu 0 1,991 12-13-2010, 04:31 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)