NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Hairul Nizam Anak Melayu Bina Mataf Ka’abah
#1
Alhamdulillah.. Syukur buat anak malaysia ini kerana mencipta satu lagi kejayaan yang besar di Bumi penuh Barkah, Makkah Al-Mukarramah.. SEmoga beliau mendapat ganjaran pahala atas usaha yang sgt murni ini.



Hairul Nizam Anak Melayu Bina Mataf Ka’abah

Anak kelahiran Melaka, Hairul Nizam Baharuddin menjadi tetamu istimewa Tabung Haji (TH) kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia kerana diberi sepenuh kepercayaan untuk membina Mataf di Ka’abah.

Projek fasa pertama iaitu Mataf di tingkat atas sudah berjaya disiapkan dan sedang digunakan oleh jemaah haji untuk melakukan ibadah tawaf.

Mataf adalah landasan bertingkat berbentuk pusingan yang digunakan oleh golongan kurang upaya khususnya yang berkerusi roda untuk melakukan tawaf sekeliling Ka’abah samada untuk musim umrah atau musim haji.

Oleh itu, amat bertepatan sekali pihak TH meraikan kejayaan seorang anak muda Melayu yang berjaya menabur bakti untuk membangunkan kota suci Makkah, sekaligus mengharumkan nama Malaysia.



Hairul Nizam, 35, adalah seorang jurutera reka bentuk dan seni bina dari syarikat Premier Composite Technologies LLC (PCT) yang berpangkalan di Dubai.

Bagi projek membina mataf Ka’abah, Hairul bertanggungjawab mengemudi 100 pekerja yang mewakili pelbagai warganegara seperti India, Pakistan, Syria, Palestin dan Malaysia.

Beliau mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya operasi pemasangan, pemantauan serta pengurusan di bawah kendalian PCT.

Bagi kerja pembinaan mataf ini, Hairul memainkan peranan sebagai pengurus tapak yang bertanggungjawab memastikan segala kerja dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Hairul Nizam dibantu oleh tiga orang rakan lain iaitu Muhd Nurhisham Hashim, Muliana Ahmad dan Armiazizul Ariffin yang memainkan peranan sebagai pembantu untuk menjayakan projek Mataf ini.

Nurhisham dan Muliana bertugas sebagai penyelia tapak bagi memastikan kerja kerja pemasangan untuk ‘pillar’, ‘flooring’ dan ‘beam’ untuk pembinaan Mataf. Manakala Armiazizul yang bertindak selaku penyelia kanan berperanan memastikan semua perjalanan kerja-kerja pemasangan siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Keserasian mereka bergabung tenaga sudah terbukti sebelum ini dengan terbinanya Menara Jam Abraj Al-Bait, yakni bangunan setinggi 1 KM di hadapan Masjidil Haram Makkah.
Hairul memamklumkan fasa kedua menyiapkan Mataf di lantai bawah akan bermula sebaik sahaja selesai musim haji dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan.

Untuk menyiapkan Mataf tingkat atas, pasukan itu bekerja 24 jam setiap hari. Cabaran paling getir ialah mengejar waktu dan berdepan depan bilangan besar pengunjung Ka’abah yang membuat tawaf setiap waktu tanpa henti.

Mereka pula terpaksa berhenti seketika apabila setiap kali azan berkumandang. Namun begitu, mereka tetap berjaya menyiapkan kerja yang diamanahkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Pihak portal Perak Today mengkagumi kehebatan anak-anak muda Melayu di perantauan ini apatah lagi jasa mereka bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia tetapi yang paling penting mendapat ganjaran besar pahala kerana memperelokkan rumah Allah SWT.



>>> sumber: http://peraktoday.com/?p=138614
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)