12-27-2013, 02:59 PM
Suatu hari, En Ahmad, yang mempunyai satu perniagaan kedai runcit, telah mengambil Ali sebagai pekerjanya. Setelah melantik Ali, En Ahmad memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Ali, untuk amanah dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Memajukan perniagaannya.
Namun, setelah 6 bulan bekerja, Ali menunjukkan sikapnya yang sebenar, mencuri barangan dan duit. En Ahmad, yang menyedari tingkah laku Ali yang tidak amanah ini pun pergi berjumpa dengan Ali.
En Ahmad: Saya dapati awak tidak amanah Ali. Mencuri barang runcit di kedai dan wang ringgit. Saya ada bukti. Awak tidak jujur bekerja.
Ali: Saya minta maaf. Saya terpaksa.
En Ahmad: Dengan menggunakan kuasa saya sbg tuan kedai, saya sebenarnya boleh pecat awak serta merta.
Ali: Tapi En Ahmad. Walaupun En Ahmad pecat saya, ada kemungkinan pekerja baru nanti akan lebih teruk dari saya. Lagi tidak amanah dari saya. Saya ambik RM 100, mungkin dia akan curi RM 200.
Mendengarkan penjelasan pekerjanya, En Ahmad tidak jadi memecat Ali kerana merisaukan pekerja baru mungkin lebih teruk dari Ali. Lebih baik hilang sedikit dari hilang banyak, fikirnya. Ali meneruskan kerjanya di kedai runcit itu, dan aktiviti kecurian terus dilakukan seperti biasa. Manakala, En Ahmad terus menanggung kerugian, dek kerana takutkan sesuatu yang belum pasti terjadi.
*tiada kena mengena antara hidup dan mati
Salam Jumaat, Jumaat terakhir di tahun 2013.
P/S: Mungkin, artikel ini merujuk kepada keadaan negara kita.. "Bos kedai" disini ialah Rakyat yang memiliki kuasa menentukan pemimpin manakala manakala "pekerja kedai" merupakan pemimpin yang diamanahkan mengurus negara. Pandang2 jeling2.. hehe. fikir-fikirkan dan selamat beramal
>> Kredit to Nasrun Othman