Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 ... 24 Next »

Nomad: Selain Penyanyi, Pemain Badminton yang hebat

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Nomad: Selain Penyanyi, Pemain Badminton yang hebat
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-31-2013, 04:00 PM (This post was last modified: 12-31-2013, 04:02 PM by Mr.Pingu.)
Quote:
Pengalun Lagu "Tetap Menantimu" ini sebenarnya seorang pemain badminton yang hebat! Ikuti kisah beliau seperti dilaporkan dibawah:



Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


SEBAIK sahaja melihat cara permainan Nomad, beberapa rakan media yang menunggu giliran untuk bermain, terus mengangkat bendera putih tanda tidak sanggup untuk berbalas pukulan bulu tangkis dengannya. Itu baharu melihat Nomad membuat sesi memanaskan badan bersama empat orang adiknya, belum lagi melihat penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Menantimu itu bermain. Untuk mengelak malu, rakan-rakan media lebih senang bermain badminton sesama sendiri.

Jangan tak tahu, Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd. Alieff Ayub, 25, sebelum berkecimpung dalam bidang seni adalah seorang pemain badminton yang sering mewakili sekolah dalam pertandingan. Saya mula pegang raket waktu usia enam tahun sebab ikut abah yang sering menjalani latihan badminton dengan pasukan polis Terengganu. Saya mula menyertai pertandingan ketika usia sembilan tahun.

“Pernahlah jadi wakil sekolah sampai peringkat Majlis Sukan Sekolah Terengganu. Saya tidak ada jurulatih khas, selain abah (Ayub Salim, 53). Saya serius dalam sukan badminton sehingga usia 18 tahun sebelum mengambil keputusan untuk beralih arah, ketika saya belajar di Kolej Islam Antarabangsa, Gombak," ceritanya sewaktu ditemui di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang badminton, Nomad yang pernah mengikuti klinik badminton yang dibimbing oleh Datuk Misbun Sidek berkata, dia dan adik- beradiknya tidak dapat dipisahkan daripada sukan badminton.

“Adik-adik saya semuanya aktif badminton, wakil sekolah dan negara. Saya sendiri kalau masih serius, mungkin juga akan jadi seperti mereka. “Sekarang ini walaupun tidak menjadikan badminton keutamaan tetapi sukan itu tidak dapat dipisahkan daripada saya. “Setiap malam Isnin, Rabu dan Jumaat, kami adik-beradik dan rakan-rakan akan bermain badminton di Petaling Jaya. Begitu juga kalau ada pertandingan, saya akan pastikan berpeluang untuk menyertainya," katanya.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, adiknya, Nur Mohd. Azriyn, 20, adalah pemain badminton kebangsaan, sementara Nur Mohd. Haqiem, 22, Nur Mohd. Haikal, 15,dan Nur Mohd. Harris, 7, masing-masing mewakili syarikat dan sekolah, termasuklah seorang lagi adiknya, Nur Mohd. Aqasyah, 11. Nomad berkata, di satu sudut rumahnya penuh dengan medal kemenangan mereka adik-beradik.

“Mama (Noor Hashikin Hassan, 46), menyediakan satu sudut untuk meletakkan medal kemenangan kami di rumah. Tiap kali melihat medal-medal itu, kami akan menyindir antara satu sama lain, sebab masing-masing akan berlagak dengan kemenangan yang diraih.

"“Antara saya dengan adik-adik tidak ada batasan, sebab itulah mereka tak takut dengan saya, melainkan Harris. Hubungan kami seperti kawan dan sebab itulah kalau semua ada di rumah, mama pening kepala. Bising tak payah nak cakaplah, sebab kami semua suka usik Harris bagi dia menangis," ceritanya.

Kata penyanyi kelahiran Besut, Terengganu itu, hidupnya sejak dulu hanyalah belajar dan bermain badminton, kini ditambah pula bidang seni.

"“Saya mula minat seni sejak di kolej dan sering menyertai pelbagai pertandingan program realiti. Namun, saya tidak berjaya di peringkat awal, selain rancangan Keynote, saya dapat menjadi peserta."

“Sewaktu saya beritahu abah yang saya nak ceburi seni, abah tak mengizinkan, sebab dia tak nampak bidang seni mempunyai masa depan. Malah kegagalan saya mendapat tempat dalam uji bakat program realiti juga pernah membuatkan saya berundur. Namun, alhamdulillah sekarang ini pilihan saya mendapat restu keluarga," ujarnya.

Biarpun namanya semakin melonjak dalam bidang seni suara, namun kata Nomad, sukan badminton tetap tidak dapat dipisahkan daripadanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,683 Views 0 Replies
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
11-09-2010 3,011 Views 0 Replies
Mentor: "Ziana Zain menang atau Kalah orang tetap akan mengata"
Mentor: "Ziana Zain menang atau Kalah orang tetap akan mengata"
08-06-2010 1,944 Views 0 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,164 Views 0 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,071 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 06:44 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend