Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN |

>>> PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

BLOGLIST: | GEMPAKZ |  | LIRIK |  | KARAOKE |  | PROMOSI | | MR.PINGU |

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tragedi Kapal Terbang MAS MH370
03-25-2014, 11:28 AM
Post: #1
Tragedi Kapal Terbang MAS MH370
Assalamualaikum..

Sehingga ke saat ini, saya masih terbayang-bayangkan nasib penumbang dan semua crew kapal terbang mas MH370. Dari awal kehilangannya sehingga kepada ucapan rasmi Perdana Menteri malam tadi.

Sebagai seorang yang pernah menaiki pesawat, saya tahu perasan semua penumpang yang hanya mampu berdoa akan keselamatan mereka sepanjang penerbangan. namun, kecelakaan kali ini yang mungkin berpunca daripada konspirasi amat menyedihkan hati saya.

Mungkin disebabkan seorang dua, semua insan tak berdosa menjadi mangsa. Apalah dugaan yang melanda. Kesedihan ini cukup dirasai oleh semua rakyat Malaysia begitu juga seluruh dunia yang terlibat. Yang paling sedih ialah keluarga mangsa.

Apa-apapun kita masih perlu berdoa akan keselamatan mereka. Mungkin keajaiban berlaku siapa tahu.. Wallahualam..

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote

JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<

03-25-2014, 11:30 AM
Post: #2
MH370: Teks ucapan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Artikel Penuh:
Tujuh hari lepas, pesawat Penerbangan Malaysia MH370 disahkan hilang. Kerajaan sedar ia merupakan masa yang sukar buat semua keluarga penumpang. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang harus mereka tempuhi. Harapan dan doa kami sentiasa bersama mereka.

Saya telah mengikuti operasi pencarian yang dijalankan sepanjang masa. Pada permulaan operasi, saya telah mengarahkan kawasan pencarian diperluaskan; saya mengarah pihak berkuasa Malaysia untuk berkongsi semua maklumat secara telus dengan semua pasukan penyiasat; dan saya meminta rakan-rakan dari negara serantau menyertai operasi mencari. Sehingga saat ini, 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam operasi mencari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin luar di atas kerjasama yang diberikan.

Sejak hari pertama, pihak berkuasa malaysia telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk negara-negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan beberapa pasukan penyelamat dari negara lain sejak Ahad lalu.

Kami telah berkongsi maklumat terkini dengan pihak berkuasa yang mempunyai kepakaran untuk menganalisis data. Kami telah bekerja tanpa henti untuk membantu siasatan dan kami telah mengutamakan pencarian MH370 berbanding keselamatan negara.

Kami telah menjalankan operasi mencari merangkumi darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Pada setiap peringkat kami bertindak mengikut maklumat yang telah disahkan dan mengikut setiap petunjuk. Kadang-kala ia tidak membawa apa-apa hasil.

Kami memahami keperluan pihak keluarga dan semua yang memerhati di seluruh dunia untuk memperoleh maklumat terkini. Namun, kami mempunyai tanggungjawab ke atas siasatan dan keluarga untuk memberikan maklumat sahih. Keutamaan kami adalah untuk mencari MH370.

Pada fasa pertama operasi mencari, kami telah mencari berhampiran lokasi terakhir MH370 hilang, di Laut China Selatan. Pada masa yang sama tumpuan kami turut terarah kepada radar utama milik Tentera Udara DiRaja Malaysia yang mengenalpasti pesawat yang belum dikenalpasti identitinya membuat pusingan. Radar utama menunjukkan pesawat itu menuju ke arah utara Selat Melaka.

Berdasarkan data itu yang turut disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa yang berkaitan, kami telah memperluas kawasan pencarian termasuk di Selat Melaka dan juga Laut Andaman.

Awal pagi ini, saya telah diberi taklimat oleh pasukan penyiasat termasuk FAA, NTSB dan AAIB, pihak berkuasa Malaysia dan Pemangku Menteri Pengangkutan mengenai maklumat terbaharu yang memberi petunjuk seterusnya apa yang berlaku ke atas MH370.

Berdasarkan maklumat satelit, kami percaya Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) telah dimatikan sebelum pesawat itu sampai ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Sejurus kemudian ketika berada berhampiran sempadan udara antara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat telah turut dimatikan.

Selepas itu, radar utama Tentera Udara DiRaja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat yang dipercayai MH370 melakukan pusingan.

Ia kemudian terbang ke arah barat menyeberangi Semenanjung Malaysia sebelum berpusing ke arah barat laut.

Ia hilang daripada radar utama tentera dan pergerakan itu menunjukkan ia telah dilakukan dengan sengaja oleh seseorang di dalam pesawat itu.

Hari ini, berdasarkan maklumat awal satelit yang diperolehi daripada pembekal data perkhidmatan satelit, kami mengesahkan pesawat yang dikesan pada radar utama ialah MH370.

Berdasarkan data baharu itu, komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit pada 8.11 pagi, Sabtu (8.Mac).

Pasukan penyiasat sedang melakukan perkiraan lanjut yang akan menunjukkan sejauh mana pesawat itu telah terbang selepas titik terakhir ia berhubung.

Disebabkan jenis data satelit, kami gagal mengesahkan lokasi tepat pesawat pada kali terakhir ia berhubung dengan satelit.

Bagaimanapun, berdasarkan data baharu itu, pihak DCA dan pakar antarabangsa menentukan kali terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit mungkin berada di salah satu antara dua koridor: Koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Pasukan penyiasat sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu.

Dengan perkembangan terbaharu ini, pihak berkuasa Malaysia telah menumpukan kembali penyiasatan terhadap kru dan penumpang di dalam pesawat. Di sebalik laporan media yang menyatakan pesawat itu telah dirampas, saya ingin menegaskan kita masih menjalankan siasatan terhadap semua kemungkinan yang menyebabkan pesawat MH370 melencong dari laluan asalnya.

Imej baharu satelit itu telah memberikan impak yang signifikan ke atas skop operasi mencari, Kita telah menamatkan operasi di Laut China Selatan dan mengumpul semula semua aset untuk memberi tumpuan ke kawasan pencarian baharu. Kami sedang bekerjasama dengan negara-negara lain bagi membantu menyalurkan maklumat berguna untuk operasi mencari termasuk data radar.

Memandangkan dua koridor itu melibatkan banyak negara, duta-duta negara terlibat telah dijemput ke sesi taklimat mengenai maklumat baharu oleh Kementerian Luar dan pakar-pakar teknikal. Saya turut mengarahkan Menteri Luar untuk memberi taklimat penuh kepada negara yang mempunyai penumpang terlibat dalam penerbangan tersebut. Pada pagi ini, Penerbangan Malaysia telah memaklumkan kepada keluarga penumpang dan kru mengenai perkembangan terbaharu itu.

Secara jelas, pencarian MH370 telah memasuki satu fasa baharu, Sejak lebih tujuh hari yang lalu, kami telah mengikuti semua petunjuk dan semua kemungkinan. Buat keluarga dan kawan-kawan penumpang MH370, kami berharap maklumat terkini membawa kita satu langkah ke hadapan untuk menemui pesawat itu. - KOSMO!

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
Post Reply 


Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies Views: Last Post
  Sidang Media Tragedi Pesawat MAS MH370 Mr.Pingu 2 393 04-16-2014 07:54 PM
Last Post: Mr.Pingu

Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook