NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sidang Media Tragedi Pesawat MAS MH370
#1

Sejak sidang media yang pertama, saya sudah melihat betapa tertekannya dan beratnya beban yang dipikul oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan hasil siasatan mengenai kehilangan pesawat kormesial MH370. Ini merupakan satu tragedi yang membawa impak besar buat negara kita Malaysia.

Banyak yang menjadi persoalan mengenai kehilangan pesawat ini yang dijadualkan terbang daripada Kuala Lumpur ke Beijing, China. bagaimanakah pesawat ini boleh tiba-tiba hilang daripada radar, kemudian dikatakan membuat pusingan U dan akhirnya dikatakan menamatkan destinasinya di satu tempat yang sangat jauh dari mana-mana tempat penerbangan awam. Tengah dan selatan lautan Hindi dikatakan destinasi terakhir pesawat ini mengakhiri penerbangannya.

Apakah yang berlaku sebenarnya?

Daripada pembacaan saya, terdapat pelbagai andaian. Daripada kemalangan yang tidak disengajakan sehinggalah ke konspirasi merampas peralatan canggih yang dibawa oleh kapal tersebut untuk dihantar ke Negara China. Semua ini adalah analisa dan mungkin andaian sahaja.

Walaubagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia cukup berasa kesedihan atas kejadian ini dan merasai sendiri tekanan yang besar yang terpaksa ditanggung oleh Negara kita.

Imej syarikat penerbangan MAS yang menjadi mercu Negara tercalar. Selain itu, kelemahan demi kelemahan dituduh dan dilemparkan keatas negara kita dalam mengendalikan isu ini.

Tidak kurang juga yang menyalahkan juru terbang yang kebetulan beragama Islam dan menuduh Islam di malaysia adalah PENGGANAS!

Ini merupakan sesuatu yang tidak adil. Terdengar juga bahwasanya ramai masyarakat China yang mengamuk dan ingin menyaman kerajaan malaysia. Tidak kurang juga ada warga negara Malaysia yang dihina di negara China walaupun tidak terlibat langsung dengan kejadian ini. Kita rakyat Malaysia benar-benar berada dalam keadaan tertekan.

Dalam keadaan ini, rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Negara kita sudah mula disabotaj oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Hari ini, setelah 24 hari kejadian ini berlaku. Sidang media dilakukan lagi dan saya melihat Datuk Hishamudin Tun Hussein kelihatan cukup resah walaupun beliau cuba untuk sebaik mungkin bertenang. Memang berat beban yang perlu beliau tanggung untuk menjawab pelbagai pertanyaan daripada wartawan. Saya harap seluruh pihak terlibat dapat menghadapi perkara ini dengan tabah dan menganggap ini adalah satu bentuk ujian daripada yang maha Esa.

Buat pihak-pihak daripada negara luar khususnya China, semoga anda semua berfikiran positif dan jangan terlalu ikutkan emosi dan menuduh malaysia dengan pelbagai tuduhan buruk.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
pon tak tau mcm mana blh jd di lautan hindi tp x jumpa mayat x caye je
Reply
#3
(04-16-2014, 01:56 PM)llama Wrote: pon tak tau mcm mana blh jd di lautan hindi tp x jumpa mayat x caye je

teori je yang benar Wallauhulam kan..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tragedi Kapal Terbang MAS MH370 Mr.Pingu 1 1,844 03-25-2014, 11:30 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)