08-22-2010, 02:00 PM
Sabah & Sarawak: Masalah selesai
bhnews@bharian.com.my
2010/08/19
bhnews@bharian.com.my
2010/08/19
TAMPARULI: Selepas tiga tahun, akhirnya masalah air bertakung yang menjejaskan kehidupan 50 penghuni lima rumah di Kampung Tamparuli di sini, selesai selepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membina parit untuk mengalirkan air ke sawah berhampiran.
Tindakan JPS itu membuatkan penghuni rumah terbabit menarik nafas lega, sekali gus menamatkan penderitaan dihadapi selama ini. Masalah berlaku bukan berpunca daripada ketiadaan parit di kawasan itu, sebaliknya disebabkan parit tersumbat selain tidak berupaya menampung jumlah air ketika hujan lebat berterusan. Tinjauan Berita Harian mendapati, parit berkenaan menjadi punca air tidak dapat mengalir ke sawah hingga melimpah ke halaman lima rumah berhampiran, sekali gus mengundang suasana tidak selesa di kalangan penduduk.
Tidak tahan dengan keadaan itu, penghuni rumah terbabit memohon bantuan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Tamparuli yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada JPS, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Tuaran (MDT) tetapi hanya JPS tampil membantu menangani masalah dihadapi.
Ah Til Atub, 58, mendakwa sepanjang tiga tahun menghadapi masalah air bertakung di persekitaran rumah, kehidupan keluarga mereka tidak selesa kerana ia menimbulkan pelbagai masalah sampingan.
"Sepanjang tempoh itu, air kotor dari parit kerap melimpah hingga memasuki bahagian dalam rumah. Keadaan itu cukup menjijikkan, selain mengundang kehadiran banyak nyamuk. Awalnya kami boleh bertahan selain cuba mengorek parit bagi mengalirkan air ke sawah berhampiran, namun lama-kelamaan ia semakin menyukarkan dan kudrat kami terbatas.
"Itu sebabnya kami dapatkan bantuan daripada agensi kerajaan berkaitan," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.
Kampung Tamparuli yang terletak tidak tidak jauh dari pekan ini berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli diwakili Datuk Jahid Jahim dan Parlimen Tuaran diwakili Datuk Wilfred Bumburing. Ah Til berkata, selain kediaman terjejas, pokok buah-buahan milik penghuni juga banyak yang mati disebabkan air bertakung terlalu lama di kawasan kebun.
"Kecewa juga rasanya kerana kebanyakan pokok buah-buahan yang sudah mengeluarkan hasil akhirnya mati," katanya.
Pemaju Mukim Tamparuli, Ah Hill Atub, berkata masalah air bertakung itu dikenal pasti berpunca daripada keengganan penghuni di lima rumah terbabit memberi laluan kepada pembinaan parit besar untuk membolehkan air mengalir terus ke sawah. Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan dibuat dengan pemilik tanah, mereka bersetuju parit besar dikorek di sekeliling rumah dan beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk terbabit, selain menghargai kerjasama diberikan JPS, JKR dan MDT dalam menangani masalah itu.