Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › IsLaM v
« Previous 1 ... 8 9 10 11 12

Menuntut Ilmu

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Menuntut Ilmu
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-23-2010, 05:28 AM
Maksud hadis, "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi muslim lelaki dan wanita."

Untuk ke depan, elok sesekali kita imbas ke belakang. Lihat pada apa yang telah kita tinggalkan. Kita tidak akan menempuhnya lagi. Kita kini bergerak ke depan, untuk menyahut seruan kejayaan.

Gelombang kehidupan itu kadang-kala kecil, kadang-kala besar. Kita akan ditimang gelombang pada sepanjang kehidupan kita. Oleh itu, janganlah kita takut dan bimbang kerana kita akan timbul selagi kita berpegang kepada agama Allah. Dalam menggarap kejayaan, kita seharusnya tidak cepat berputus asa. Bayi yang baru belajar berjalan biasanya kerap terjatuh. Tetapi ia akan berusaha untuk bangun dan berjalan kembali. Orang dewasa yang ingin memajukan dirinya perlu mempunyai jiwa seorang bayi. Jangan sesekali berputus asa dalam mengejar impian. Mungkin kita tidak ingat betapa gembiranya ibu bapa kita atas kejayaan-kejayaan kita yang lampau.

Lantaran itu, kembalikanlah semangat yang berkobar-kobar itu kerana kita tentu tidak sanggup menyerahkan kegagalan kita terhadap ibu bapa kita yang telah banyak berkorban buat kita.Sesungguhnya, kesempurnaan manusia ada tiga perkara, ilmu pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian iaitu belajar pada alam. Dari sehari ke sehari, kita melangkah dengan semakin gah memijak bumi.

Dari sehari ke sehari jualah kedua-dua ibu bapa kita semakin meningkat usia dan terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka yang pastinya tidak terbalas oleh kita. Hargailah kehadiran mereka di sekeliling kita sementara mereka masih ada kerana masa itu tidak pernah menanti kita.

Nasihat Lukmanul Hakim terhadap anaknya, "Wahai anakku, bergaullah dengan golongan berilmu dan rapatkanlah kedua lututmu, kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan tanah yang mati dengan hujan lebat. "

Bagaimana hendak cari orang yang berilmu?
Carilah orang yang menyeru manusia ke arah kedamaian. Kerana hanya syaitan sahaja yang suka manusia hidup berpecah-belah.

Rasulullah menyatukan bangsa Arab dengan menggunakan Al Quran. Kita sudah terbalik, guna Al Quran untuk memecah-belahkan kesatuan bangsa kita atas alasan berbeza hukum. Selagi kita anggap Al Quran itu kitab untuk mencari hukum, selagi itu minda kita tidak dibangunkan, kerana kita telah tertipu dengan nafsu keegoan sendiri.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
NASIHAT KEPADA YANG BERTUDUNG TAPI BERBONGGOL
NASIHAT KEPADA YANG BERTUDUNG TAPI BERBONGGOL
08-08-2010 2,345 Views 0 Replies
Syaitan vs Malaikat: Apa pilihanmu wahai manusia?
Syaitan vs Malaikat: Apa pilihanmu wahai manusia?
10-25-2010 1,757 Views 0 Replies
Haram membaca doa awal tahun dan akhir tahun??
Haram membaca doa awal tahun dan akhir tahun??
12-13-2010 3,938 Views 2 Replies
Lambang Yahudi Zionis di setiap komputer dan laptop
Lambang Yahudi Zionis di setiap komputer dan laptop
11-26-2011 8,500 Views 4 Replies
Wonderful:Criminal minds
Wonderful:Criminal minds
05-28-2011 1,291 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 03:25 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend