Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › IsLaM v
« Previous 1 ... 8 9 10 11 12 Next »

Rahsia Surah Fatihah dan pengamalannya

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rahsia Surah Fatihah dan pengamalannya
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-23-2010, 05:55 AM
Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita
ada. Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah.

Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini. Baca dan ketahuilah ‘ Rahsia Fadhilat Surah Fatihah ‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
* Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal :
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau :
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut..
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil : Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat :
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)

2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”

3. Tawakal sepenuhnya pada Allah

4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintak lah yang baik baik.. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran)
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kasih Sayang Allah
Kasih Sayang Allah
11-03-2010 1,725 Views 0 Replies
Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian....(melayu)
Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian....(melayu)
08-23-2010 1,834 Views 0 Replies
Lafaz Allah dapat dilihat dari satelite?
Lafaz Allah dapat dilihat dari satelite?
08-23-2010 1,523 Views 0 Replies
Wonderful:Criminal minds
Wonderful:Criminal minds
05-28-2011 1,293 Views 0 Replies
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
05-04-2011 39,199 Views 42 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Surah Al-Fatihah Mr.Pingu 0 3,584 02-19-2012, 01:42 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 06:53 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend