Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › IsLaM v
« Previous 1 ... 7 8 9 10 11 12 Next »

Pasangan yang seharusnya kita cari

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Pages (2): 1 2 Next »
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pasangan yang seharusnya kita cari
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-30-2010, 10:15 AM (This post was last modified: 10-30-2010, 10:16 AM by Mr.Pingu.)
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk kesyurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkardan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Mawar merah dilangit... tanda-tanda kiamat
Mawar merah dilangit... tanda-tanda kiamat
10-25-2010 2,276 Views 0 Replies
Kekuatan Sedekah
Kekuatan Sedekah
10-25-2010 2,730 Views 3 Replies
Fakta hebat: Kaabah merupakan Pusat Bumi
Fakta hebat: Kaabah merupakan Pusat Bumi
05-05-2011 26,893 Views 26 Replies
salam perkenalan..saya owner riana.my
salam perkenalan..saya owner riana.my
06-19-2013 3,048 Views 1 Replies
Malam ini saya tidak tidur
Malam ini saya tidak tidur
04-13-2011 7,503 Views 12 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#2
10-30-2010, 02:36 PM
sngt bruntung siapa yg rajin membca Al-Quran dn lbh bruntung jika faham dn mndalamiNya..
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
10-30-2010, 09:25 PM
betul oni.. kita kene pastikan kita sentiasa berdamping dgn Al-Quran.. setidak2nya kita kene memmbaca sekurang2nya 10 ayat sehari. xsilap ada satu hadis atau firman Allah yang mengatakan manusia dianggap lalai jika tidak membaca ayat Al-Quran kurang 10 ayat sehari..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#4
10-30-2010, 11:35 PM
ye ke pingu? lpas ni oni kne pasti kan la hari2 bce..x bnyk, dpt 10 ayt pn jd la..
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
10-31-2010, 12:59 AM
insya-Allah.. moga2 dapat la.. cubalah yg termampu... kalau ada masa terluang bacalah..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#6
10-31-2010, 01:11 AM
klu da blik penang ni..ble bz ngn keje..mst jrang dpt bce. lalai nye.. sad_sgt
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
10-31-2010, 01:16 AM
lepas solat tu ambil Al-Quran and baca.. pingu senang nak membaca lepas solat maghrib.. xlama pun.. tp kadang2 kita pun xsempat.. huhu... sekadar termampu sajalah
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#8
10-31-2010, 01:23 AM
InsyaAllah pas ni akn usaha untk lbh luangkn mse. bse lps subuh akn lbh tenang..n dpt elakan tido balik pas subuh. Smile
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
10-31-2010, 01:43 AM
wah.. bagus2.. tomat lak jenis sukeeee tdo pas subuh.. nak bgun subuh liat bila dah sembahyang senang je nak tdo balik... huhu.. bilalah nak ubah perangai ni,, haha
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#10
10-31-2010, 02:12 AM
haha..oni time cuti..time x de class..serupe je jgk..8x15.hehe....
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#11
10-31-2010, 02:15 AM
haaaa... cuti2 tu ok sket.. erm.. oni xtdo lg dah pukul brape ni? tomat ni tgh membasuh baju.. mlm ni xlarat sental gune mesin je.. huhu.. esok pg2 nak gerak ke muar majlis tunang kawan baik.. huhu hope xpengsan!
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#12
10-31-2010, 02:35 AM
laa..dh taw nk jlan jauh, yg p tdoq lmbt pasai pa?? bju 2 tingl je, sok bru sidai.dh,dh..g tdo. (ek, dh mcm mak mrah ank pulak) haha...ni oni nga download lgu..td stdy, ni da x lrat da nk ngadap buku.hekhek..
haa...ni da satle.nk tido da. gud nite pingu.. (da pagi pn) hehe.. salam...
Reply
Pages (2): 1 2 Next »


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 07:41 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend