Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN |

>>> PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

BLOGLIST: | GEMPAKZ |  | LIRIK |  | KARAOKE |  | PROMOSI | | MR.PINGU |

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Koleksi cerita lawak pendek
10-30-2010, 11:18 AM (This post was last modified: 06-30-2012 11:51 AM by Mr.Pingu.)
Post: #1
Wink Koleksi cerita lawak pendek
NAMAKU

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..
Guru : "Kamu ni murid baru kan ?"
Murid : " Ya.. cikgu"
Guru : "Nama kamu siapa?"
Murid : "Man"
Guru : "Nama panjang kamu?"
Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnn nnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu"

DIET

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
Doktor berkata kepadanya...
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan
segelas air kosong..."
Lelaki menjawab...
"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau
sesudah makan, Doktor?"

PERKAHWINAN KERABAT

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah.... Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?" Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.. "Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya... Khairul...." erkkk??

TEKA AYAM

Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?"
Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"
Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?" Big GrinBig Grin

PANADOL

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".

KALAU KU PUNYA EMAIL

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."
Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.. Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja... Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US... Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. .. Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya. ... Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata.. "Minta email Puan..." "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email." Waita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft" gelak_besargelak_besar

BUSH DAN POWELL

dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?". Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka." Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa "Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab "Kami sedang merancang perang dunia ke-3." Jawab lelaki "Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?" Bush menjawab "Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal" Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut "Penjual Basikal?" Bush menoleh ke arah Powell dan berkata "Lihat, tidak ada yang merisaukan 500 juta orang Islam kan?"

BALIK AWAL

Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa
Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."
Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu disuruh pulang..."
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"

BAYI NENEK

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan2nya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata "Nanti dulu". Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu". Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?" "Bila dia menangis". "Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?" "Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..".

PENGEMIS

Seorang lelaki.. badan gemuk.. muka ceria.. berpakaian koperat.. berjalan keluar dari sebuah pejabat besar... Di luar pejabatnya.. ada seorang pengemis.. agaknya sebaya dengan lelaki tadi.. badan kurus kering.. muka comot.. pakaian compang camping dan penuh debu... Si pengemis terlihat si lelaki kaya tadi dan berkata.. "Tuan kasihani lah saya.. sedekahkan wang 10 ringgit.." Si lelaki berhenti.. dilihatnya pengemis dan bertanya
Lelaki : "kalau saya bagi RM 10.. adakah kamu akan minum arak?"
Pengemis : "Oh tidak tuan.. saya tidak suka minuman keras"
Lelaki : "Habis tu.. adakah kamu mahu buat berjudi?"
Pengemis : "Tentu tidak tuan, saya tidak suka berjudi"
Lelaki : "Mungkin kamu akan bertukar2 perempuan?"
Pengemis : "Tidak, tidak. Seumur hidup saya.. tidak pernah saya main perempuan"
Lelaki kaya itu berfikir sementar lalu berkata lagi
Lelaki : "Begini ajalah.. kamu ikut saya balik.. saya kenalkan dengan isteri saya.. setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu.."
pengemis : "Buat apa tuan?"
Lelaki : "Saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorang lelaki
tidak suka minum arak.. tidak suka berjudi.. dan tidak suka main perempuan.. hasilnya adalah seperti kamu ini" Big Grin

KECEMASAN

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. Tiba-tiba seorang menjerit.. "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!" Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu. Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri.. setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin.. Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

SAKSI YANG PASTI

Di sebuah mahkamah... peguambela sedang mempertahankan anak guamnya yang dituduh membunuh dengan menanyakan soalan yang bertubi-tubi pada saksi yang juga seorang doktor...
"Saudara saksi, apakah sebelum memutuskan bahwa mangsa telah meninggal dunia, Saudara telah memeriksa denyut nadinya?"
"Tidak," jawab si doktor.
"Apakah Saudara memeriksa dengan cara lain, seperti denyut pada bagian lehernya, atau nafas pada hidungnya?"
"Saya tidak melakukannya! "
"Atau mungkin Anda telah melakukan sesuatu ujian tertentu.. untuk memastikan mangsa telah betul-betul meninggal dunia?"
"Sama sekali tidak!"
"Jadi, apa yang Anda lakukan terhadap mangsa sebelum Anda memutuskan bahwa ianya sudah meninggal dunia?"
"Saya hanya melihatnya saja!" Jawab doktor selamber..
"Hanya melihat saja?" Peguambela itu mula tersenyum tanda kemenangan.. .
"Jadi, Anda tidak melakukan apapun terhadap mangsa?.. tetapi hanya melihatnya saja, dan Anda berani mengatakan bahwa mangsa sudah meninggal dunia? Apakah tidak mungkin sebenarnya mangsa masih hidup, tetapi kerana kelalaian Anda, maka dia meninggal dunia?
"sesiapapun yang melihat mangsa dalam keadaan kepala tercabut dari badannya dan hatinya telah dikeluarkan. ... pasti mengetahui keadaan mangsa ketika itu" Jawab si doktor.

IKLAN KERJA

Di sebuah surat kabar terdapat iklan kerja kosong yang tertulis seperti berikut :
Peluang Pekerjaan..
- Anda lulusan Universiti / Kolej?
- Anda punya Kemahiran?
- Pernah mengikuti kursus komputer?
- Mahir berbahasa Ingeris?
- Tapi Masih menggangur?
CARI LA KERJA!!! KESIAN... gelak_besargelak_besargelak_besar

JOM LAWAT! Blog Mr.PiNGu: http://gempakz.org/mrpingu

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote

JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<

10-30-2010, 02:30 PM
Post: #2
RE: Koleksi cerita lawak pendek
IKLAN KERJA

Di sebuah surat kabar terdapat iklan kerja kosong yang tertulis seperti berikut :
Peluang Pekerjaan..
- Anda lulusan Universiti / Kolej?
- Anda punya Kemahiran?
- Pernah mengikuti kursus komputer?
- Mahir berbahasa Ingeris?
- Tapi Masih menggangur?
CARI LA KERJA!!! KESIAN...

kalau lh ad iklan sebegini rupe.hakhak..gelak_besar
Quote
10-30-2010, 05:25 PM
Post: #3
RE: Koleksi cerita lawak pendek
Tu bukan iklan nak bg kerja tetapi iklan nak suruh org malas utk cari kerja...
Quote
10-30-2010, 08:33 PM
Post: #4
RE: Koleksi cerita lawak pendek
yg bt iklan 2 pn mst x dak reja..pasai 2 la dok bt iklan lgu 2.hekhek..
Quote
10-30-2010, 09:24 PM
Post: #5
RE: Koleksi cerita lawak pendek
sama-sama pemalas agaknya 2 x 5.. hahaahaa =p

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
02-25-2012, 12:52 PM
Post: #6
RE: Koleksi cerita lawak pendek
baru jumpe thread nih huhuhu.. akan tutup yg satu lagi then kekalkan yang ini

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
02-25-2012, 12:54 PM
Post: #7
RE: Koleksi cerita lawak pendek
suami: saya kagum dengan sikap awak apabila kita bergaduh, awak dapat mengawal emosi awak dengan baik.. macam mana awak mengawalnya?

isteri: saya ke bilik air dan mencuci jamban.....

suami:?? huh? bagaimana ia dapat membantu??

isteri: sebab saya mencuci menggunakan berus gigi awak.......

suami:#%*/-@%!?!!#@&*!!

♥ just for laugh ♥

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
04-12-2012, 12:46 PM
Post: #8
RE: Koleksi cerita lawak pendek
cukupla setakat aku bgtau..ada orang besa cerita kat aku..dia pernah tahan pukat untuk tangkap burung wak2..dan dia dapat sejuta ekoq...amacam?

montana

http://www.mgate2day.blogspot.com
Quote
04-12-2012, 02:22 PM
Post: #9
RE: Koleksi cerita lawak pendek
(04-12-2012 12:46 PM)montana36 Wrote:  cukupla setakat aku bgtau..ada orang besa cerita kat aku..dia pernah tahan pukat untuk tangkap burung wak2..dan dia dapat sejuta ekoq...amacam?

hahaa nampak bebenor nipunyerr kawan ko tuh Dodgy

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
04-17-2012, 05:36 PM
Post: #10
Aksi Porno Lucah 3some
Seorang jurugambar telah berjaya merakam aksi threesome yang dilakukan di tempat awam. Nampaknya, pelaku yang selama ini dikenali sebagai insan yang manja dan lembut telah melakukan aksi ganaz seganasnya. Semoga anda semua tak tiru aksi berbahaya ini yer~!

[Image: 3%20some%20kucing.jpg]

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
Post Reply 


Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies Views: Last Post
Wink Koleksi lawak-lawak pendek bercampur-campur Mr.Pingu 0 5,556 10-01-2011 04:38 PM
Last Post: Mr.Pingu

Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook