Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
2010/11/11
Kajian peranti elektronik mudahkan banyak urusan
DUNIA tanpa sempadan, itulah yang sering dilaungkan oleh kebanyakan pengguna gajet elektronik khususnya merujuk pada penggunaan talian telefon yang membolehkan mereka berhubung sesama sendiri walau berada di dua benua berbeza. Sehubungan itu, kemajuan teknologi berkaitan gajet elektronik itu juga membawa kemajuan besar dalam kehidupan manusia sebenarnya, lebih-lebih dalam peradaban moden yang menuntut segala-galanya pantas dan berdaya saing.
Justeru, mengambil manfaat kebaikan terhadap kemajuan teknologi kini, Dr Widad Ismail, 34, menaruh harapan besar untuk mempermudahkan urusan individu dalam melaksanakan rutin harian tanpa perlu berselirat dengan pelbagai wayar terutama apabila berurusan di hospital.
Pensyarah kanan dan Penyelaras Makmal Auto-ID, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Widad, membuktikan kajian berterusan terhadap gajet elektronik berupaya mempermudahkan urusan di hospital.
“Dunia kini maju dan menuntut kita berdaya saing. Saya mendapati banyak urusan boleh dipermudahkan, terutama di hospital, jika kita berurusan dengan gajet elektronik tanpa wayar.
“Ia memudahkan pergerakan selain tanda kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam bidang tertentu,” katanya ketika ditemui pada majlis penerimaan anugerah For Women In Science Unesco-L'Oreal Malaysia 2010.
Dr Widad berkata, beliau tertarik terhadap kajian berkenaan memandangkan penggunaan alat peranti tanpa wayar di hospital kurang walaupun alat berkenaan digunakan dengan meluas dalam bidang lain.
“Kaedah teknologi identifikasi menerusi frekuensi radio (RFID) sudah lama wujud dalam kehidupan manusia sejagat, tetapi aplikasi ini belum meluas digunakan di hospital walaupun peraturan dan kesesuaian penggunaannya sudah digariskan secara global.
“Saya melihat ini sebagai satu ruang yang perlu diisi, memindahkan teknologi aplikasi ini yang boleh dimanfaat di hospital. Ia seperti hospital pintar yang menggunakan perkhidmatan pintar, mengurangkan kesilapan, meningkatkan keselamatan pesakit selain membantu serta memudahkan mereka yang berkenaan melakukan tugas rutin mereka,” katanya.
Menerusi penggunaan RFID ini juga, data pesakit tidak perlu dicatat secara manual, sebaliknya boleh diperincikan secara automasi melalui integrasi atau implan pada bahagian bawah kulit yang dikawal doktor atau jururawat bertugas dari jarak tertentu.
Katanya, kajian dilakukan rakan konsortium (Pusat Perubatan Akademi Universiti Amsterdam, Capgemini, Geodan, Intel dan Oracle) untuk projek kesihatan RFID itu memperlihatkan penggunaan RFID mempercepatkan proses kemasukan dan keluar dari wad dengan 85 peratus peningkatan tahap pesakit berpuas hati dengan khidmat diberikan.
“Pesakit yang dimasukkan ke wad kecemasan sering mengalami masalah pengesahan status perubatan mereka selain terpaksa menunggu giliran pendaftaran sebelum dibenarkan masuk ke wad.
“Dengan penggunaan RFID ini, proses kemasukan adalah lebih cepat selain dapat melakukan prosedur asas kepada pesakit tanpa sebarang halangan sekali gus dapat menyelamatkan nyawa pesakit serta mempertingkatkan pengurusan kesihatan,” katanya.
Dr Widad berkata, projek RFID menggunakan keupayaan frekuensi jarak jauh dan tanpa perlu sentuh bagi mengesan kelainan pada pesakit walaupun hanya sedikit perubahan atau sebarang pergerakan berlaku pada pesakit semasa ketiadaan doktor atau jururawat.
“Identifikasi frekuensi radio mengalami perkembangan pesat pada tahun ini dan dijangka akan lebih diperakui kebaikannya. Ia mempunyai kemampuan untuk digunakan di mana saja terutama dalam masyarakat kini yang membangun.
“RFID juga mampu menyediakan identiti penting dan lokasi tempat, manusia mahupun haiwan yang mana kita boleh mengesan dan memantau melalui teknik alat pengesan tanpa wayar selain membantu mengoptimumkan urusan dilakukan,” katanya.
Bagaimanapun, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, Muhammad Wafi Roslan, 10, Nawal Ulfah, 7, dan Ainul Mardhiah, 6, Dr Widad tetap mengutamakan keluarga walaupun minat mendalam terhadap kajian sains dan penyelidikan adalah rutin harian beliau tanpa berasa jemu.
“Bekerja di makmal dan hal di rumah adalah dua urusan berbeza. Saya sentiasa membuat perancangan supaya dapat menyiapkan banyak perkara dalam satu hari.
“Apabila perancangan dapat diselesaikan, balik ke rumah saja saya akan menumpukan perhatian kepada keluarga, terutama anak yang memerlukan didikan saya dan suami. Sebagai ibu yang bekerja, saya perlu membahagikan masa kerana kerjaya dan keluarga adalah dua perkara penting dalam hidup saya,” katanya.
Dr Widad yang menyelesaikan kajian peringkat falsafah pada usia semuda 27 tahun di Universiti of Birmingham tanpa melalui ijazah sarjana itu memilih sains dan teknologi sebagai bidang kerjaya kerana sangat berminat menyelesaikan permasalahan dalam sains yang dapat memberi manfaat kehidupan manusia seharian.
Sehubungan itu, anugerah yang diterima daripada Loreal Malaysia dilihat sebagai batu loncatan untuk beliau membuka langkah lebih berani meneroka keupayaan bidang berkenaan demi pembangunan dan kesejahteraan manusia sejagat.
PINGU: Saya kenal Dr Widad ni.. selalu bertemu kalau ada conference atau pameran inovasi sains dan kejuruteraan..