11-11-2010, 04:16 PM
2010/11/11
SERAMAI 12 daripada 24 peserta bakal bersaing merebut wang tunai RM15,000 sekiranya berjaya menjadi Juara di Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2010 pada 28 November ini.
Mereka antara yang terbaik dipilih pada peringkat separuh akhir yang berlangsung 6 November lalu. Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan bermula jam 8.30 malam. Enam peserta yang terpilih ke peringkat akhir ialah Fitri Hakim Omar Walid (Perak), Muhammad Fadzli Abdul Wahab (Melaka), Syamsul Nizam Ali (Pahang), Merazan Mechang (Sarawak), Fazrul Misran (Sabah) dan Danie Hasbullah Mohd Razi (Selangor). Turut layak ialah Hasfareza Harun (Kedah), Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin (Perak), Shaidatul Nadira Shaharum (Melaka), Norakmazulaika Abd Khalid (Pahang), Florence Lo (Sarawak) dan Siti Nirzawati Mohd Shom (Sabah).
Pertandingan Bintang Klasik Nasional ini diangkat sebagai acara tahunan bagi terus mempopularkan dan mengangkat martabat lagu irama Melayu Klasik, popular malar segar serta nostalgia daripada filem Melayu lama. Kali pertama penganjuran Bintang Klasik Nasional pada 3 Ogos 2007 diikuti dengan Bintang Klasik Nusantara pada 7 September 2007 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang mana tahun ini adalah penganjuran kali ke-4 sejak tahun 2007.
Ia diadakan bertujuan bagi mencungkil bakat baru dalam nyanyian lagu lama di samping memupuk minat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum terutama golongan muda. Pertandingan ini juga bagi memberi penghargaan kepada pencipta, penyanyi, pemuzik serta seniman terdahulu. Malah pastinya dapat mengekalkan budaya kebangsaan melalui nyanyian dalam bahasa Melayu.
Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pada peringkat akhir ialah wang tunai RM15,000 kepada Juara, manakala Naib Johan menerima wang tunai RM10,000 dan pemenang ketiga menyediakan wang tunai RM 5,000 selain masing-masing akan menerima trofi dan sijil penghargaan. Bagaimanapun, peserta yang gagal mendapat tempat pertama hingga ketiga, masing-masing akan menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan.