NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Yuna mahu jadi seperti Datuk Siti Nurhaliza
#1


Tahniah buat Yuna yang cemerlang dalam Shout Awards dengan membawa pulang 3 anugerah. Bukan calang-calang insan yang bertanding dengannya iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Zee Avi dan Mizz Nina. Yuna memang satu bakat yang perlu diambil perhatian. Dia memang Unik dan mempunyai identiti tersendiri. Katanya, beliau sangat mengagumi Datuk Siti Nurhaliza dan ingin menjadi sepertinya.

GOSIP LANJUT:

Penglibatan kali pertama Yunalis Zarai atau Yuna dalam Shout! Award ternyata membawa tuah kepada penyanyi dan komposer muda ini apabila berjaya merangkul tiga anugerah pada Malam Kemuncak Shout! Awards 2010 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Yuna membawa pula tiga anugerah iaitu Popstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout! Award di mana saingan terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.

Walaupun berjaya mengalahkan nama besar seperti Siti Nurhaliza, Yuna berkata dia tidak pernah merasa bangga diri apatah lagi meletakkan dirinya sudah bagus dan berjaya seperti penyanyi nombor satu negara itu.

Yuna berkata, berikutan kejayaannya pada malam itu dia mengakui mengimpikan untuk menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza dan berharap impiannya akan terlaksana suatu hari nanti. Malah pelatun Dan Sebenarnya ini mengakui kejayaan yang dikecapi penyanyi nombor satu negara itu memberi inspirasi tersendiri buatnya untuk berjaya di dalam industri seni.

“Saya akui mengimpikan untuk berjaya seperti Datuk Siti. Berada 15 tahun di dalam industri dengan pelbagai penghargaan dan anugerah yang diterima adalah perkara yang membanggakan.

“Malah Datuk Siti juga mempunyai personaliti yang menyenangkan semua orang, suara yang merdu. Oleh kerana itulah saya mahu jadi seperti beliau.

“Tetapi itu tidak bermakna saya mahu meniru Datuk Siti 100 peratus. Datuk Siti adalah Datuk Siti dan Yuna adalah Yuna. Saya cuma teringin untuk berjaya sepertinya,” kata Yuna yang ditemui selepas malam Kemuncak Shout! Award.

Tambah Yuna untuk berjaya seperti Siti, dia tahu bahawa dia perlu bekerja keras menghasilkan karya yang lebih baik buat peminat yang selama ini banyak memberi sokongan kepada dirinya. Katanya lagi dengan kemenangan pada malam tersebut menjadi pemangkin untuknya lebih berjaya.

“Jika saya dapat meniti kejayaan seperti Datuk Siti ia akan membuatkan saya bertambah gembira. Tetapi saya tahu bukan mudah untuk menjadi seperti Datuk Siti dan saya akan bekerja keras untuk berjaya sepertinya,” kata yang pernah memenangi empat anugerah semasa Anugerah Industri Muzik (AIM) baru-baru ini.

Yuna berkata dia bersyukur kerana mempunyai golongan peminat yang banyak menghargai serta memberi sokongan untuk dia terus berkarya di dalam industri ini.

“Saya rasa sangat dihargai kerana kemenangan pada malam ini datangnya dari peminat saya juga.

“Sekarang saya sedar yang saya mempunyai golongan peminat saya sendiri dan selepas ini saya akan hasilkan lagu yang lebih berkualiti buat mereka,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan karier seninya, Yuna berkata, dia kini sedang sibuk album Inggeris terbarunya. Lebih manis lagi apabila dia berpeluang bekerjasama dengan individu yang pernah menerbitkan lagu untuk Nelly Furtado dan James Blunt. Yuna sudah pun selesai merakamkan empat buah lagu pada Ramadhan lalu. Awal tahun hadapan dia akan kembali ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk menyambung semula kerja-kerja rakaman yang tertangguh

“Setakat ini projek album Inggeris saya itu berjalan lancar. Bulan puasa tempoh hari saya sudah siap rakamkan empat buah lagu. Januari nanti saya akan ke sana semula untuk proses rakaman seterusnya. Kali ini saya pergi agak lama iaitu kira-kira enam bulan sebab hendak siapkan album itu sepenuhnya,” ujar Yuna yang kerjasama dengan Indie Pop Music itu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  tiket concert Siti Nurhaliza nurulazzin 6 5,191 03-29-2016, 05:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Shila dan Datuk Siti Nurhaliza tercalon "World Music Awards 2012" Mr.Pingu 0 4,154 12-26-2012, 08:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza Konsert Final Mania Mr.Pingu 1 3,966 05-23-2012, 06:17 PM
Last Post: catwang
  Datuk Siti Nurhaliza mengikuti perkembangan semasa Mr.Pingu 0 3,088 02-05-2012, 11:13 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza tercalon Intune Music Awards 2011 Mr.Pingu 3 5,844 02-02-2012, 05:49 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Penyanyi Terunggul: Vocal Ranges Datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 0 4,001 10-13-2011, 01:19 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Inggeris Penuh Datuk Siti Nurhaliza sedia di download Mr.Pingu 0 2,921 09-29-2011, 12:16 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Aktiviti Datuk Siti Nurhaliza sekitar Jun 2011 Mr.Pingu 0 2,467 06-02-2011, 04:32 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza - Nobody Else (Sedutan lagu Album baru) Mr.Pingu 1 5,248 04-06-2011, 02:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sweetnyer Datuk Siti Nurhaliza naik kerusi kupu-kupu Mr.Pingu 0 1,942 01-11-2011, 12:07 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)