Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 8 9 10 11 12 ... 24 Next »

PERTANDINGAN Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara dan Kacak Bergaya Vigor 2011

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
PERTANDINGAN Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara dan Kacak Bergaya Vigor 2011
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-27-2012, 01:48 AM
Peserta dilayan istimewa

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH & FAIRUZ IZYANA AYUB

PERTANDINGAN Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara dan Kacak Bergaya Vigor 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Namun itu bukan penghalang buat barisan penaja untuk terus memberi layanan istimewa kepada peserta-peserta pertandingan.

Keterujaan nyata terserlah di wajah setiap peserta apabila kesemua mereka berpeluang menikmati hidangan makan tengah hari yang ditaja oleh restoran D 'Tandoor baru-baru ini. Apatah lagi, D' Tandoor juga terkenal dengan keenakan hidangan ayam tandoori yang cukup unik.

Tambah menarik, aktiviti makan tengah hari itu juga telah diserikan dengan kehadiran pengasas Jamu Mak Dara iaitu Ibu Halimah Shuib yang turut sama menemani peserta menjamu selera.

Dalam sibuk menjamu selera, peserta juga mengambil peluang keemasan ini untuk bertanya pelbagai soalan kepada Ibu Halimah yang kaya dengan petua-petua orang lama terutama dalam soal kecantikan dan kesihatan.

Untuk makluman, D'Tandoor juga menyediakan penajaan kepada semua peserta sepanjang dua hari pertandingan akhir berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur kelmarin.

Usai makan tengah hari, kesemua peserta kemudiannya dibawa melawat ke kilang roti Ibu Halimah yang terletak di Semenyih, Selangor pada sebelah petang.

Di sana, peserta diberi peluang melihat bagaimana cara pembuatan roti dan kek dengan penerangan diberikan oleh Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Gadaffi Syed Ali.

Selain itu, peserta juga telah dibawa ke pusat hiburan Redbox Ria Sogo, Kuala Lumpur untuk berhibur dan mengeratkan lagi hubungan antara barisan peserta lain.

Rata-rata peserta melahirkan rasa gembira dan puas hati dengan segala layanan istimewa yang diberikan oleh barisan penaja yang tentunya boleh diklasifikasikan sebagai yang terbaik setakat ini. Apa pun, tahniah kepada semua pemenang kedua-dua pertandingan ini.

Dalam pada itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penaja-penaja yang sudi bekerjasama dengan Kumpulan Utusan dan Jamu Mak Dara demi memastikan kelancaran program ini.

SUMBER
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Rosnani jamil ( Mak nani ) dapat gelaran datuk
Rosnani jamil ( Mak nani ) dapat gelaran datuk
10-31-2010 7,073 Views 8 Replies
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,817 Views 0 Replies
Aizat Nafi Mula Bersikap Demand
Aizat Nafi Mula Bersikap Demand
08-06-2010 1,527 Views 0 Replies
Baguih ke idak ni?
Baguih ke idak ni?
04-20-2011 13,917 Views 24 Replies
kenapa...??!
kenapa...??!
05-06-2011 6,799 Views 13 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tomok OIAM terkilan tulisan Pancaindera Mr.Pingu 1 2,391 12-21-2011, 02:32 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-29-2026, 04:01 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend