Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 6 7 8 9 10 ... 24 Next »

Kosong - Najwa Latif tidak menyindir sesiapa

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kosong - Najwa Latif tidak menyindir sesiapa
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-25-2012, 06:44 PM


Penyanyi remaja sensasi Youtube, Najwa Latif sebelum ini pernah menjelaskan lagu terbarunya, 'Kosong' tidak bertujuan untuk menyindir sesiapa terkejut apabila membaca laporan terbaru yang mengatakan single terbarunya itu ditujukan khas buat pihak media.

"Saya tidak berniat menyindir wartawan sebaliknya ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat saya selain untuk dikongsikan kepada orang lain sekiranya menghadapi masalah," jelas Najwa.

Penyanyi berusia 17 tahun ini berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyakiti mana-mana pihak, sebaliknya lirik lagu yang ditulis adalah semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain.

"Walaupun adakalanya saya dikritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif untuk memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media," katanya kepada mStar.

Sementara itu, kakak kepada Najwa, Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan yang dilontarkan tidak berasas.

"Sebelum tulis lirik lagu berkenaan, saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya golongan remaja," jelasnya.

Tambah Syafiqah lagi, dia tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana setiap orang punya pandangan mereka sendiri.

"Saya dan Najwa tidak perlu melenting terhadap dakwaan ini sebaliknya menerima semua dengan positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada."

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Najwa berhubung cerita negatif yang menimpanya, Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak mudah melatah apabila dihimpit kontroversi.

"Dia tetap fokus pada pelajaran sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini," kata Syafiqah.

Mr.PiNGU: Lagu Kosong ni sempoi dan best!
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Maher Zain bakal beraksi lagi di Malaysia
Maher Zain bakal beraksi lagi di Malaysia
11-11-2010 1,551 Views 0 Replies
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
09-21-2010 3,264 Views 0 Replies
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
08-27-2010 3,230 Views 0 Replies
Whatchuwant ?? What is this ??
Whatchuwant ?? What is this ??
07-25-2012 10,258 Views 14 Replies
Realiti seorang menteri besar
Realiti seorang menteri besar
08-08-2010 7,288 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Alzahri Offline
Member
**
Posts: 64
Threads: 4
Joined: Mar 2012
Reputation: 0
#2
05-26-2012, 08:46 PM
Memang best n layan....saya sokong. Entahlah manusia ni mmg sokmo ada yg dengkikan org lain..
Salam mesra

Alzahri

Website : http://www.ilmuasasjurutera.com
Webblog : http://www.ilmucyber.com

p/s : sudi-sudikanlah berkunjung ke teratak hamba, sekiranya suka berikanlah "Like" tanda sokongan...Big Grin
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
05-27-2012, 07:55 AM
kan abg alzahri.. manusia ni memang dengki je selalu xboleh tengok org lain berjaya.. Apa2pun hamba suka org kampong hamba Najwa latif ni memang sempoi.. peminat pun ramai sekarang hehe.. bukan senang artis baru nak naik dan tempa nama mcm najwa ni.. memang rezeki beliau =)
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Alzahri Offline
Member
**
Posts: 64
Threads: 4
Joined: Mar 2012
Reputation: 0
#4
05-27-2012, 08:12 PM
Yup...semoga beliau berjaya dalam dunia nyanyian dan tidak kecundang dalam dunia pelajaran...
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
05-27-2012, 10:00 PM
yep semoga dua2 berjalan seiring.. pelajaran juga harus diutamakan =)
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Najwa Latif nak ambil SPM 2012 Mr.Pingu 0 3,384 07-29-2012, 12:39 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Najwa Latif kena kutuk Mr.Pingu 0 2,269 02-04-2012, 02:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Final Muzik-muzik 2011: Tak Mahu Najwa latif Menang Mr.Pingu 0 2,479 12-07-2011, 11:11 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-15-2026, 10:57 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend