Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaDGeT v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Pengimejan GE (General Electric)

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pengimejan GE (General Electric)
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-20-2012, 11:46 AM (This post was last modified: 07-20-2012, 02:58 PM by Mr.Pingu.)
Aku ni salah seorang makhluk yang suka mengambil gambar. Namun idaklah aku tau akan perkara-perkara berkaitan teknologi imej ni. Tau pun lite-lite je. So kali ini aku nak kongsikan satu teknologi imej yang dinamakan Pengimejan GE atau lebih dikenali sebagai General Electric. Idoklah aku mengarang sendiri aku cedok dari berita harian je. So nak tau baca lah dibawah yer~


Quote:
APABILA merujuk kepada produk kamera digital, jenama General Electric (GE) mungkin sukar untuk dikaitkan dengan sistem imejan moden berbanding jenama lain seperti Panasonic, Sony atau Olympus.

Sejak kemunculan produk kamera digitalnya pada 2007, GE terus mengorak langkah dengan memperkenalkan pelbagai model baru dan canggih.

GE mempertaruhkan dua model terkininya, GE G100 dan GE E1410 SW, di Malaysia yang disifatkan antara pasaran utama di Asia yang semakin berkembang pesat. Model GE G100 dan GE E1410 SW masing-masing adalah siri produk Pro dan Power.

Keunikan kedua-dua model itu adalah ciri sokongan teknologi bertenaga sehingga membolehkan kelajuan bukaan ditingkatkan dan ciri rakaman berterusan pada kelajuan tinggi iaitu 10 kerangka sesaat diperkenalkan.

Kedua-dua model didatangkan dengan keupayaan merakam video HD 1080p berprestasi tinggi disokong aspek kepekaan cahaya yang dipertingkatkan untuk rakaman imej yang lebih terperinci.

GE G100
Siri Pro GE G100 pula adalah kamera digital yang dibangunkan berasaskan model terdahulu, GE X500 di mana pelbagai aspek luaran dan dalamannya diperkemaskan. Ia disasarkan untuk pelanggan yang meminati dunia fotografi dengan kelebaran lensanya dipertingkatkan kepada 28 milimeter.

Di sebalik keunikan reka bentuknya, dilengkapi zoom optikal 15 kali pada 14 megapiksel menjadikannya produk kamera digital yang perlu dimiliki.

Selain itu, teknologi piksel Aptina A-Pix CMOS membolehkan G100 merakam foto pada kelajuan tinggi iaitu pada 10 kerangka sesaat. Pada harga RM599, GE G100 adalah produk imejan moden menarik yang didatangkan dalam warna hitam, merah dan putih.

GE E1410 SW

Siri Power GE E1410SW pula mementingkan prestasi lebih bertenaga bagi aktiviti fotografi setiap hari. Malah, GE menyifatkan E1410 SW adalah kamera digital yang ideal untuk dibawa ke mana saja.

Ini berikutan reka bentuknya yang bergaya dan anggun dengan ukuran ketebalan tujuh inci. Harga yang ditawarkan bagi model yang diwarnai dengan penampilan hitam, coklat, merah dan emas adalah RM549.

Tahukah anda?

Teknologi Aptina A-Pix adalah rangkaian teknologi yang mengetengahkan garisan cahaya, paparan imej terperinci dan reka bentuk piksel 65 nm.

SUMBER
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Produk yang baru dari Blackberry Z10
Produk yang baru dari Blackberry Z10
04-22-2013 5,499 Views 7 Replies
Rose Gold Note 3 gitu canggih ke ?
Rose Gold Note 3 gitu canggih ke ?
02-17-2014 3,059 Views 4 Replies
Hadiah hari jadi utk kekasih
Hadiah hari jadi utk kekasih
11-10-2014 2,380 Views 3 Replies
Kehangatan F1 kini bermula!!!!!!
Kehangatan F1 kini bermula!!!!!!
03-12-2012 6,793 Views 13 Replies
Whatchuwant ?? What is this ??
Whatchuwant ?? What is this ??
07-25-2012 10,229 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 02:20 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend