KUALA LUMPUR, 26 OKT 2010: Sebagai menghargai jasa, sumbangan serta penglibatannya dalam dunia seni tanah air sepanjang 48 tahun, Sultan Pahang telah mengurniakan h Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon, pengarah serta penerbit wanita veteran, Datin Rosnaini Jamil, 74, baru-baru ini. Datuk Rosnani Jamil atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani memberitahu dia amat berasa berbesar hati dengan anugerah yang disampaikan sendiri oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang tersebut.
"Bagi saya, ini satu penghargaan yang tidak ternilai kepada keluarga seni terutama artis veteran seperti saya. Saya rasa terharu kerana dengan anugerah ini membuktikan bahawa Sultan Pahang sendiri melihat pencapaian tinggi saya dalam memperjuangkan industri filem dan seni tanah air.
"Ini kerana saya satu-satunya artis veteran yang bukan sahaja berlakon tetapi turut mengarah dan menerbit filem. Malah saya juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun," katanya yang menerima anugerah itu sempena Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Pahang.
Sebelum ini juga Rosnani pernah pernah dinobatkan pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi filem Jasmin. Selepas muncul buat pertama kali dalam filem Lupa Daratan bersama Allahyarham Omar Rojik pada 1952, Rosnani kemudian mengembangkan bakatnya dalam pengarahan. Dia telah mengarahakan lima filem. Antaranya, Mawar Merah, Antara Dua Hati dan Memori.

PINGU: Bagus la dapat da rezeki.. tp sultan Pahang ni pemurah betul asyik bagi gelaran datuk je kat itu ini.. tp yg peliknya golongan artis je yg byk dapat
~_~