10-17-2012, 11:24 PM
Salam. Beberapa hari lagi sahaja pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan SPM, satu peperiksaan yang dikatakan penentu kepada masa depan anda. Jika lulus cemerlang maka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan jika gagal mungkin peluang untuk belajar lagi lebih sukar.
Adakah adik-adik semua sudah membuat persediaan secukupnya? Saya yakin bagi mereka yang sudah bersedia daripada awal pastinya akan tersenyum lebar manakala mereka yang tidak membuat persediaan rapi akan resah gelisah. Walaubagaimanapun anda tidak lagi mampu merubahnya kerana masa kian suntuk. Apa yang anda boleh buat adalah ulangkaji dengan tenang bukan dengan stress dan kelam kabut.
Pada masa ini, sudah tidak lagi sesuai membuat ulangkaji secara berat yang pasti buat ulangkaji seringkas mungkin iaitu rumusan bagi setiap bab. Dalam menghadapi peperiksaan besar seperti ini persediaan awal adalah sangat penting disamping itu ketika di dewan peperiksaan anda perlu tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam dan jawab sebaik mungkin. Cuba ingat kembali segala apa yang pernah anda pelajari sama ada di dalam kelas mahupun di mana-mana sahaja.
Usaha adalah tangga kejayaan. Kebiasaannya bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan ini, mereka pasti berjaya. Namun, jangan lupakan doa dan minta restu daripada kedua orang tua.
Akhir kata, selamat menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012!
>> Teringat Mr.PiNGU kenangan menduduki peperiksaan SPM 2001. Syukur Alhamdulillah saya berjaya dapatkan keputusan yang baik dan sehingga kini berjaya menuntut ilmu ke peringkat tertinggi pengajian.