Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KePeNGGuNaaN v
1 2 Next »

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - Komen & Ulasan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - Komen & Ulasan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-27-2013, 04:11 AM (This post was last modified: 02-27-2013, 04:19 AM by Mr.Pingu.)
Aku buka facebook penuh isu pasal BR1M nih daripada yang setuju tak setuju yang kata patut amek dengan senang hati and tak kurang juga yang kata jangan amek kalau tiada niat sokong kerajaan sedia ada. Setiap orang ada pendapat sendiri aku pun ada. Ni aku paste balik ulasan yang aku letak dalam BLOG sebentar tadi tentang isu ini.


Quote:
Adakah wajar diwujudkan Bantuan rakyat satu Malaysia (BR1M)?

Dewasa ini isu bantuan rakyat satu Malaysia atau lebih dikenali sebagai BR1M sedang hangat diperkatakan. Ada yang melihat dari sudut positif tidak kurang pula dari sudut negatif. Walau apa pun jua anggapan, setiap orang ada pendapat tersendiri. Jika ditanya kepada saya, sudah pasti saya menyokong sebarang bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat. Lagipun wang kerajaan adalah sebahagiannya daripada rakyat juga dan adalah lebih baik dikembalikan kepada rakyat.

BR1M ini saya lihat dapat membantu serba sedikit golongan rakyat termiskin di negara ini. Saya pernah mendengar cerita seorang Makcik yang berkata beliau cukup bersyukur mendapat bantuan RM500 tersebut kerana nilainya sama dengan gajinya sebagai cleaner selama sebulan. Bagi rakyat berkemampuan memanglah melihat nilai RM500 itu kecil tapi tidak bagi rakyat termiskin.

Akan tetapi, saya cukup pelik apabila ada segelintir individu berkemampuan cuba sedaya upaya untuk memohon BR1M ini. Bagi saya berilah laluan untuk rakyat yang lebih susah. Ini tidak pelbagai helah dibuat untuk melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut.

Tidak dinafikan, ramai rakyat Malaysia membayar cukai segala cukai kepada kerajaan secara langsung atau tidak langsung. Atas alasan ini mereka berpendapat mereka layak mendapatkan kembali apa yang mereka bayar. Bagi saya, konsep membayar cukai ini memang perlu terutamanya untuk mereka yang berkemampuan dan hasil cukai selain untuk pembangunan negara, sebahagiannya boleh digunakan untuk membantu rakyat susah dan dihimpit kemiskinan. Selain cukai pendapatan, rakyat berkemampuan yang beragama Islam wajib membayar zakat harta. Zakat ini juga diguna untuk membangun ummah.

Selari dengan bantuan keatas rakyat, saya berpendapat adalah baiknya jika pihak berkuasa melakukan usaha yang lebih kepada membantu survival rakyat secara berpanjangan selain bantuan one off. Maksud saya disini boleh diumpamakan dengan seorang nelayan dan keinginan untuk mendapat ikan. Janganlah bantu nelayan dengan memberi ikan tetapi bantulah mereka dengan memberikan pancing atau jala dengan harapan mereka boleh mendapatkan ikan sendiri secara tetap selagi jala dan pancing itu berguna. Jika sudah rosak pun mereka boleh mendapatkan yang baru dengan hasil jualan ikan terdahulu.

Disini, saya lihat adalah lebih baik untuk mencari formula membantu survival rakyat termiskin supaya mereka boleh hidup dengan lebih selesa dengan bantuan yang akan membawa kesan secara berpanjangan. Mungkin boleh wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga rakyat termiskin ini untuk sesuatu yang bermanfaat. Mungkin juga boleh wujudkan kursus-kursus kemahiran secara percuma untuk rakyat termiskin agar mereka boleh mendapatkan kemahiran tertentu yang boleh mereka gunakan untuk meningkatkan hasil pencarian.

Dari segi bantuan kerajaan kepada rakyat ini ada juga yang saya tak setuju. Salah satunya ialah pemberian ribet untuk telefon bimbit. Sebab ini seolah-olah menggalakkan remaja yang layak untuk membeli telefon bimbit baru dengan potongan harga. Mungkin juga ada pihak yang memanipulasikan harga telefon bimbit untuk mengambil untuk atas angin. Siapa tahu kan. Voucer buku 1Malaysia yang diberi kerajaan juga ada manfaatnya kepada pelajar. Saya juga ada menerimanya sebelum ini. Namun siri kedua saya tak ambil. Tidak tahulah tindakan saya ini betul atau tidak. Saya fikir yang saya dah jimatkan sedikit wang kerajaan yang diperuntukan untuk saya. Hehe.. Baiklah apa pun bentuk bantuan kepada rakyat saya sokong usaha murni tersebut. Akan tetapi saya sangat tidak bersetuju jika bantuan diberikan digunakan untuk digunakan oleh pihak tertentu untuk kempen politik mereka. Sekian sahaja.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pandulah dengan otak jangan dengan kepala lutut
Pandulah dengan otak jangan dengan kepala lutut
06-04-2011 17,284 Views 22 Replies
Bisnes Cafe Di Penang. Tolong komen..
Bisnes Cafe Di Penang. Tolong komen..
11-11-2013 5,289 Views 6 Replies
Ulasan Kelantan lawan ATM
Ulasan Kelantan lawan ATM
10-21-2012 2,072 Views 0 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,953 Views 1 Replies
Hobi korang..
Hobi korang..
05-12-2011 16,902 Views 22 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#2
02-27-2013, 05:00 PM
nak apply tapi tak layak dapat so tak yah pedulik laa.. ntah pape punya bantuan nih... biar ler yang betui2 susah dapat...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
02-27-2013, 05:14 PM
hehe.. tu la aku rasa yg dh senang tu xpayahla amek.. bg yg betul2 susah je.. ni tak dh senang pun boleh2 nak amek gak duit 500 nih..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#4
02-27-2013, 10:55 PM
(02-27-2013, 05:14 PM)Mr.Pingu Wrote: hehe.. tu la aku rasa yg dh senang tu xpayahla amek.. bg yg betul2 susah je.. ni tak dh senang pun boleh2 nak amek gak duit 500 nih..

RM500 untuk yang dah bekeluarga... yang bujang RM250 jer k...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
02-28-2013, 01:37 AM
BTW kan.. aku xnak amek voucher buku Siswa 1malaysia tuh tp kwn aku dh amekkan. dia kata voucer tu ada nama aku org len xleh guna huhu nk buek cemana guna je la utk beli buku hehe
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#6
02-28-2013, 09:14 AM
(02-28-2013, 01:37 AM)Mr.Pingu Wrote: BTW kan.. aku xnak amek voucher buku Siswa 1malaysia tuh tp kwn aku dh amekkan. dia kata voucer tu ada nama aku org len xleh guna huhu nk buek cemana guna je la utk beli buku hehe

voucher buku tuh amik jer laa... kalau dah kita ada rezeki lebih tak perlu lagi nak guna voucher buku tuh.. beli jer surah yassin ke sedekah kat masjid... atau beli buku2 yang berguna hantar ke rumah anak2 yatim... tak pun beli buku rujukan yang memang takde kat library uni buat sumbangan buku ler... tak susah sangat nak guna voucher tuh....

Allah bagi rezeki lebih untuk dikongsi2.. jadi gunakan jer arr sebaik mungkin.... just pendapat dari seorang insan yang tak pernah dapat bantuan voucher buku dan faham macam mana susah nya kalau takde buku rujukan masa kat uni....huhuhuhu....
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
02-28-2013, 04:52 PM
bagus gak idea ko tuh leh la tambah pahala kalau org baca.. =)
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#8
02-28-2013, 05:31 PM (This post was last modified: 02-28-2013, 05:34 PM by akuccputsedut.)
(02-28-2013, 04:52 PM)Mr.Pingu Wrote: bagus gak idea ko tuh leh la tambah pahala kalau org baca.. =)

ha kan... aku memang banyak idea kan... boss aku kata "you always full with gold..please speak it out and show us your damn gold"... hahahahhaa... kena marah ritu ngan bos aku... ntah pape....
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
02-28-2013, 06:30 PM
hehe marah ke puji tu.. wah byk emas aku nka sikit boleh? nak kumpul emas gak ni wat harta karun hehe
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#10
03-01-2013, 09:01 AM
(02-28-2013, 06:30 PM)Mr.Pingu Wrote: hehe marah ke puji tu.. wah byk emas aku nka sikit boleh? nak kumpul emas gak ni wat harta karun hehe

marah laa.. sebab aku selalu diam jer dalam meeting.. pastu bila orang lain dah mula buat sistem baru aku nak bagi cadangan apa kata buat macam ni macam nih... then diaorang accept my idea.. jadi boss selalu marah kenapa tak cakap awai2...

budak umah aku apply BR1M dapat RM250... pastu dapat pulak yang beli hp nya RM200 tapi hp tuh kena beli hp buatan malaysia dan mesti kena subscribe internet which is agak mahai dan tak berbaloi dengan RM2rat yang depa bagi...... syarat apakah ini..?? huhuhuhu...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#11
03-16-2013, 02:55 AM
haha kan.. kawan aku pun ada memaklumkan pasal pakej internet tu.. sgt tak munasabah.. nak tolong remaja ke menjahanamkan remaja?
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-28-2026, 02:09 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend