Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 18 19 20 21 22 ... 24 Next »

Halim Othman tetap sendiri

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Halim Othman tetap sendiri
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-03-2010, 03:15 PM
Tetap sendiri
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
2010/11/03


SENYUMAN jejaka bujang, Halim Othman. Kesibukan di konti halang Halim berkahwin

PADA usia 46 tahun, penyampai radio Suria FM, Halim Othman masih sendirian. Sedangkan pada usia itu, ada sebahagian lelaki yang sudah pun menimang cucu. Namun bagi jejaka kelahiran Terengganu itu, dia tidak mahu terburu-buru menamatkan zaman solo.

Sebelum ini Halim pernah membuat pengumuman dia bakal melangsungkan perkahwinan pertengahan tahun ini dengan calon yang sudah dikenali sejak 15 tahun lalu. Bagaimanapun, tarikh itu sudah berlalu dan Halim masih lagi bersendirian. Halim yang ditemui pada majlis rumah terbuka Suria FM baru-baru ini berkata, dia tersilap percaturan apabila mengumumkan perancangan untuk berkahwin tahun ini. Selepas pengumuman itu, ramai yang mula bertanya kenapa sehingga kini kad masih belum dilayangkan.

Walaupun dihambat pertanyaan sama setiap kali ke mana-mana, Halim tidak jemu memberi jawapan serupa, malah dia juga menganggap orang yang bertanya prihatin dengan dirinya.

Siapa yang tidak mahu berkahwin? Tetapi nampaknya 2010 bukanlah waktu sesuai buat personaliti radio ini untuk bergelar suami. Alasan diberikan, dia terlalu sibuk dengan kerja di konti hingga terpaksa membatalkan hasrat terbabit. Lalu, terbit pertanyaan, takkanlah terlalu komited pada kerja hingga hal peribadi sanggup diketepikan?

“Memang saya pernah maklumkan sebelum ini saya mahu berkahwin tahun ini juga, tetapi jadual Suria FM agak ketat. Bagi saya, untuk melakukan dua perkara besar dalam satu waktu yang sama satu tindakan kurang bijak.
“Calon isteri sebenarnya sudah ada, tetapi kami masih dalam proses menyesuaikan diri. Biasalah, apabila merancang untuk berkahwin, ada pelbagai masalah yang timbul di kemudiannya. Saya tak kisah walaupun lambat dipertemukan jodoh kerana setiap ketentuan itu ada hikmah.

“Bagi saya, awal atau lambat seseorang itu berkahwin tentunya ada kelebihan yang tersendiri. Saya bimbang sekiranya saya berkahwin sekarang, usaha untuk menaikkan nama Suria FM akan menjadi tidak begitu sempurna. Oleh itu saya harus memberikan sepenuhnya komitmen kepada tugas di konti,” kata Halim yang mengendalikan Breakfast @ Suria bersama Zizi.

Halim yang pernah dua tahun meninggalkan dunia penyiaran radio kini semakin selesa dengan kedudukannya di stesen terbabit. Kehadirannya bersama Linda Onn ke Suria sejak Januari lalu dikatakan berjaya melonjakkan nama radio berkenaan sehingga ia berada dalam kelompok 10 stesen tempatan terbaik menerusi kajian yang dikeluarkan AC Nielsen, baru-baru ini.

Kejayaan membantu stesen radio itu mengukuhkan jenamanya sudah tentu menjadikan Halim dan Linda sebagai anak emas stesen berusia lima tahun itu. Namun Halim tidak berasa sedemikian. Dia tidak pernah berasakan dirinya ‘diva’ atau mahu disanjung pihak pengurusan. Bagi Halim, kedudukannya dengan penyampai lain adalah sama, malah mereka saling melengkapi untuk membawa Suria FM pada kedudukan sekarang.

“Peningkatan Suria FM berlaku disebabkan pengisian slotnya. Kebetulan ketika saya menyertai stesen radio ini, pembaharuan pengisiannya berlaku secara serentak. Saya cuma mengharapkan kehadiran saya di stesen radio itu turut membantu.

“Saya juga lega apabila kehadiran ke stesen ini tidak menjejaskan mana-mana penyampai. Maklumlah sebelum kehadiran saya ke situ, Tuah mengelolakan slot Breakfast @ Suria bersama-sama dengan Zizi. Bagaimanapun Tuah memberitahu, dia kini selesa mengendalikan program malam.

“Saya seronok bersama Suria. Ia membuatkan saya berasa seperti sedang melalui pengalaman yang pernah saya alami ketika bersama dengan Era dulu. Ini adalah waktu yang paling menyeronokkan apabila kita berusaha keras untuk menaikkan nama stesen. Saya lebih sukakan peningkatan yang perlahan. Jika melonjak terlalu tinggi, tetapi apabila kajian akan datang dikeluarkan keputusannya tidak memberangsangkan, nanti kita akan rasa kejatuhannya,” kata penyampai yang pernah meraih gelaran Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak lima kali berturut-turut itu.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri
Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri
08-07-2010 7,085 Views 1 Replies
Rumahtangga Saida ( Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Goyah?
Rumahtangga Saida ( Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Goyah?
10-20-2010 7,529 Views 6 Replies
Bersama Selebriti: 'Tidak perlu banyak birokrasi logo halal'
Bersama Selebriti: 'Tidak perlu banyak birokrasi logo halal'
08-08-2010 1,361 Views 0 Replies
Realiti seorang menteri besar
Realiti seorang menteri besar
08-08-2010 7,576 Views 10 Replies
Sembang Ramadan: Aiskrim
Sembang Ramadan: Aiskrim
07-21-2012 3,341 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-27-2026, 08:00 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend