Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › BLOGGING GEMPAKZ › RuaNGaN SeMBaNG v
1 2 3 Next »

Masalah Wartawan vs Blogger

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Masalah Wartawan vs Blogger
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-19-2013, 01:45 PM
Aku pernah terdengar bahawa ada sesetengah wartawan hiburan yang "memusuhi" para Blogger. Katanya blogger tak boleh pakai, sebar cerita tak betul sebab tangkap jarang dan banyak yang menipu disamping meniru artikel mereka. Blogger tiada sumbangan pun dalam menaikkan nama individu seperti artis apatah lagi mempopularkan mereka. Blogger tidak berperanan dalam menaikkan nama artis. Benarkah?
Ada juga wartawan yang mengatakan bahawa tanpa mereka, siapalah artis. Wartawan banyak menaikkan nama artis-artis sehingga mereka terkenal dan popular setiap masa. Ada juga kenyataan artis yang saya baca bahawa beliau sangat takut membaca blog kerana takut isu mengenai ya ditulis. Artis juga banyak mengecam para blogger yang suka menulis sesuatu yang tidak betul tentang mereka!
Pada pendapat saya, ada kebenarannya daripada pandangan mereka. Ini bertitik tolak daripada sikap para blogger juga. Saya sendiri banyak membaca blog-blog pelbagai genre. Banyak maklumat dan input saya dapati. Salah satunya adalah isu serkap jarang dan copy bulat-bulat artikel tanpa usul periksa apatahlagi memberi kredit.
Isu serkap jarang ni banyak berlaku. Apabila dengar khabar angin dan cakap-cakap mengatakan sesuatu perkara tu, terus je dia menulis. Kalau ada benda panas yang disebar di laman sosial, tahu je sedikit maklumat tu terus ditulisnya. Selalu juga lari daripada keadaan sebenar. Inilah yang susahnya kalau tidak diselidik betul-betul tentang sesuatu perkara sebelum menulis. Ingatla bahawa peranan blogger dalam menyebar maklumat kepda masyarakat sangat besar.
Kalau berlaku sesuatu isu, masyarakat celik IT akan mendapatkan khidmat kaunter pertanyaan iaitu "google" atau sewaktu dengannya untuk menjawab segala persoalan mereka. "Google" pula akan mencadangkan pelbagai penyelesaian yang dirujuk daripada pelbagai sumber yang menulis di internet. Saya boleh katakan 80-90 peratus carian google untuk memperoleh maklumat telah diperoleh daripada tulisan para blogger!
Lihat! Besarnya peranan blogger dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Saya sendiri sebagai seorang blogger cukup berterima kasih kepada blogger lain yang banyak menulis informasi yang saya perlukan dalam kehidupan harian saya. Oleh itu, saya harap sebahagian tulisan saya juga akan boleh membawa manfaat kepada orang lain. Hope so!
Dari masa ke semasa, marilah kita tingkatkan kualiti penulisan kita. Sebagai blogger, kita sentiasa belajar san belajar dan terus belajar untuk menghasilakan penulisan yang lebih baik! Improvement is a must! Lets do it together! Sekian sahaja coretan untuk kali ini.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Broframestone memang Blogger gempakZ!
Broframestone memang Blogger gempakZ!
04-15-2012 22,497 Views 0 Replies
Tanda-tanda sakit di badan dan kaitannya dengan masalah tubuh
Tanda-tanda sakit di badan dan kaitannya dengan masalah tubuh
05-14-2013 1,895 Views 0 Replies
Apa masalah kereta lama?
Apa masalah kereta lama?
05-17-2021 625 Views 0 Replies
salam
salam
12-10-2018 1,521 Views 3 Replies
Whatchuwant ?? What is this ??
Whatchuwant ?? What is this ??
07-25-2012 9,941 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#2
03-19-2013, 02:04 PM
kebanyakan blogger gossip artis ialah wartawan hiburan... hahahaha...

hang sekarang blogger dah yek pingu..??? awat aku tak tau pung..
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
03-19-2013, 02:42 PM
lol.. dh aku buat blog mestilah aku juga seorang blogger.. ni gara2 broframestone la ajak aku bukak blog.. now dia salah seorang Top blogger malaysia.. dlu2 dia just forumer gempakz gak haha now da xde dia nak masuk sini zzz
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#4
03-19-2013, 02:51 PM
(03-19-2013, 02:42 PM)Mr.Pingu Wrote: lol.. dh aku buat blog mestilah aku juga seorang blogger.. ni gara2 broframestone la ajak aku bukak blog.. now dia salah seorang Top blogger malaysia.. dlu2 dia just forumer gempakz gak haha now da xde dia nak masuk sini zzz

aku buka blog jugak... tapi aku bukan blogger pun.... hahahaha.... tak kenai pun top blogger framestone tuh...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
03-19-2013, 02:58 PM
haha hang ni mmg bkan blogger la sbb blogger dia akan kenal sapa top blogger di malaysia ni.. hang mmg kje jual barang dr blog xdikira kot hehee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#6
03-19-2013, 03:21 PM
memang pun... hahahaha.. kalau abang nara tuh aku kenai laa.. kah kah kah kah...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
03-19-2013, 04:04 PM
haha abg nara blogger no 1 malaysia sapa xkenal.. tp aku xsukala buat blog menjaja nama artis.. pastu komen2 semua ada ustazah2 hehee kelakar sgt.. ramai yg suka beautiful nara budak2 opis aku pun selalu masuk. aku kekadang je tersesat kesana
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#8
03-19-2013, 04:44 PM
(03-19-2013, 04:04 PM)Mr.Pingu Wrote: haha abg nara blogger no 1 malaysia sapa xkenal.. tp aku xsukala buat blog menjaja nama artis.. pastu komen2 semua ada ustazah2 hehee kelakar sgt.. ramai yg suka beautiful nara budak2 opis aku pun selalu masuk. aku kekadang je tersesat kesana

aku sebulan sekali belum tentu lagi masuk beautiful nara tuh.. tapi aku kenai laa dia... kah kah kah kah kah.. aku tak suka baca gossip artis... kalau ada si syafinaz budak ofis aku nih yang cerita2 ngan kakzah tuh.. aku dengaq ja laa.. walaupun depa gelakkan aku sebab aku taktau mende aku gelak gak laa sekali ngan depa...

pastu buka laptop baru ler aku baca2 cerita nya... kalau tak aku lebih suka buka blog2 yang ada kesah2 peribadi dan seram.... novel bersiri online ke... komik online... ha lebih best...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
03-19-2013, 11:22 PM
haha aku kadang2 baca gak gosip artis and gosip pemimpin politik.. tp menulis gosip aku stop lama dh.. karang buat dosa kering je huhu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 07:40 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend