10-28-2013, 07:05 PM
Kes ini boleh aku ibaratkan sebagai Harapkan Pegar, Pegar makan padi! Pegawai keselamatan adalah insan yang bertanggungjawab mengawal keselamatan bank yang selalu menjadi pusat tumpuan untuk para perompak. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Pengawal Keselamatan yang diharapkan menjaga keselamatan bertindak kejam menembak pegawai bank yang tidak berdosa dan melarikan wang rompakan.
Adakah dia tidak sedar betapa kejamnya perbuatan dia ini? Pertama, dia membunuh insan tak berdosa, yang sepatutnya dapat meneruskan hidup dengan lebih panjang bersama keluarga tercinta. Kedua, dia maragut kasih sayang orang terdekat dengan mangsa dan memberi kesedihan yang tidak berkesudahan kepada insa tersayang. Ini lebih kejam. Saya pun tak dapat memikirkan jika saya kehilangan orang paling saya sayang iaitu insan bergelar ibu.
Ketiga, dia merompak, melarikan wang yang bukan miliknya tetapi milik orang ramai. Dia bersalah pada semua pemilik wang.
Bagi aku, kadar jenayah di negara kita sangat teruk, banyak dan menakutkan. Negara kita boleh dikatakan tidak lagi selamat jika kadar jenayah semakin tinggi. Mengapa penjenayah-penjenayah wujud di negara kita? Dimana letakknya hati perut mereka?
Disini saya share sedikit berita tentang kejadian mengerikan dan menyayat hati ini. Saya tak akan berkongsi gambar insan terlibat bagi menjaga hati semua pihak. Sekian sahaja.

Quote:Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya. Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah.
Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan.