Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 17 18 19 20 21 ... 24 Next »

Black Mentor ingin bertubuh sasa?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Black Mentor ingin bertubuh sasa?
mawar_hijau Offline
Member
**
Posts: 69
Threads: 19
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#1
11-19-2010, 11:45 PM (This post was last modified: 11-19-2010, 11:47 PM by mawar_hijau.)


PETALING JAYA: Penyanyi Black yang sering dikatakan memiliki tubuh 'kurus kering' kini sedang berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang sasa pula. Beritahu Black dia serik bila orang disekelilingnya selalu mempertikaikan tubuh badannya yang kurus walaupun dia seorang yang aktif bermain bola sepak.

"Memang orang tak sudah-sudah tanya kenapa saya terlalu kurus sedangkan saya aktif bersukan. Jadi misi saya buat masa ini adalah untuk membina badan sedikit. bagi tubuh badan saya berotot. Selain itu bila membuat persembahan di atas pentas, sudah semestinya saya mahu kelihatan lebih mantap dan berkeyakinan.

"Tidak salah rasanya untuk membuat pembaharuan imej. Apa-apapun dari segi pemakaian pula, ia dikekalkan seperti biasa," katanya selepas pengumuman Top 6 pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 (MM25).

Tambah Black lagi, dia ingin kelihatan menarik selain memberi persembahan yang mantap kepada peminat-peminatnya. Mengenai pemilihan lagu Drama King dan Sofea Jang dalam MM25 ke peringkat akhir, Black tidak sangka bahawa kedua-dua lagu tersebut berjaya masuk ke carta Top 6.

"Target saya hanya lagu Drama King sahaja yang akan dipilih. tapi bila nama komposer lagu Sofea Jane, Iswandi, disebut, semangat saya lebih kuat lagi dalam MM25 ini.

"Bila dah sampai ke tahap ini, saya meletakkan harapan tinggi pada dua lagu tersebut.

"Lebih-lebih lagi, Sofea jane dan Drama King mempunyai kekuatan lagu yang tersendiri.

"Alang-alang dah ke tahap ini, saya ada juga berangan untuk menang," selorohnya

mawar: dia ni kecik je tp suara power.. Lagu Drama King mmg ada harapan cerah untuk menang at least tempat ketiga.. mmg minat black sgt2~Big Grin
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Maher Zain bakal beraksi lagi di Malaysia
Maher Zain bakal beraksi lagi di Malaysia
11-11-2010 1,500 Views 0 Replies
Akhirnya hasrat nak cerai tercapai dan tergapai
Akhirnya hasrat nak cerai tercapai dan tergapai
08-19-2010 1,246 Views 0 Replies
Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri
Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri
08-07-2010 6,930 Views 1 Replies
hello
hello
04-01-2012 1,913 Views 1 Replies
Helo semua
Helo semua
10-21-2012 1,808 Views 1 Replies
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 03:03 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend