Hi semua Assalamualaikum! Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadan. Bagi para artis, mereka juga ada aktiviti sendiri yang telah dan akan dilakukan sempena Ramadan dan Aidilfitri. Begitu juga artis tersohor seorang ini tak lain tak bukan ratu Irama Tradisional Malaysia, Noraniza Idris. Beliau bersama artis lama Razis ismail dan juga pendatang baru, Azmir Arif berpadu suara dan telah menghasilkan video klip untuk lagu raya terbaru yang akan diputarkan menjelang syawal tahun ini.
Lagu yang diberi judul "Kalimah Lebaran" ini dicipta oleh Komposer terkenal, Pak Ngah Suhaimi dan lirik ditulis oleh Ahmad Fedri Yahya. Sama-sama kita nantikan. Disini saya kongsikan gambar-gambar yang dikongsikan oleh kak Ani di laman Facebook beliau ketika pengambaran dijalankan. Cantik sekali latar belakang sawah padi yang menggambarkan suasana kampung yang indah permai dan mendamaikan.