Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 29 30 31 32 33 ... 40 Next »

Pertumpahan Darah di UPM

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pertumpahan Darah di UPM
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-27-2011, 10:18 PM


Pertikaian keputusan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) untuk membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa berakhir dengan pertembungan fizikal berdarah. Kejadian ini berlaku apabila pintu kaca pejabat TNC pecah dirempuh, dan pegawai keselamatan mula mengasari mahasiswa yang enggan beredar untuk menuntut penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor, Fauzi Ramlan.

Ratusan siswa-siswi berkumpul di depan pejabat TNC pada jam 8.30 pagi hari ini, untuk membantah keputusan BHEP UPM membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa, semalam. Walaupun pihak BHEP akhirnya berganjak dengan menarik balik pembatalan tersebut pada tengah hari, tetapi siswa-siswi tetap enggan beredar dari situ untuk menuntut penjelasan.



Pada kira-kira jam 3.30 petang, pegawai keselamatan yang menghalang di depan siswa menggesa agar siswa beredar dari situ, namun siswa sebaliknya melangkah ke depan, sambil melaungkan slogan. Akhirnya, pintu kaca BHEP pecah dirempuh.

Serpihan kaca ini dipercayai menyebabkan darah kelihatan di lantai, kedua-dua pihak siswa dan pegawai keselamatan turut mengalami kecederaan. Beberapa orang pegawai keselamatan dikatakan menyerbu ke arah siswa dan kekasaran berlaku selepas pintu kaca pecah. Sebelumnya, seorang siswa bernama Lokman ditumbuk oleh pegawai keselamatan pada bahagian muka.



Pada jam 10.30 semalam, kesemua calon pro-Mahasiswa menerima panggilan daripada Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, dan diminta untuk mengambil sepucuk "surat bantahan" di BHEP. Sebagaimana yang diketahui, "surat bantahan" ini diserahkan oleh seorang siswa UPM bernama Khairul Fadzeen, yang menuntut agar kemenangan calon pro-Mahasiswa dibatalkan, dan pihak UPM bersetuju dengan cadangan itu.

Hanya seorang calon pro-Mahasiswa yang mengambil surat tersebut daripada BHEP, dan beliau diminta untuk dibatalkan kelayakannya kerana didakwa bertanding dalam kumpulan "pro-Mahasiswa".

Ratusan siswa-siswi berkumpul dan mengepung pejabat TNC pada pagi ini, dengan kain rentang yang mengecam "BHEP Zalim", "Demokrasi Mati" dan sebagainya. Pertikaian berlaku di antara siswa pro-M dengan TNC, Fauzi Ramlan terhadap kesahan surat bantahan daripada Khairul. TNC yang pada asalnya bersetuju untuk menarik balik surat bantahan tersebut, mengubah fikiran sejenak kemudiannya.

Siswa-siswi dikatakan marah terhadap keputusan pada ketika itu, dan sedikit pergeseran antara wakil pro-M, Lokman dengan pegawai keselamatan dalam pejabat TNC. Lantas siswa cuba merempuh ke dalam pejabat TNC, dan di sini berlakunya pertembungan fizikal. Bagaimanapun, TNC akhirnya menarik balik pembatalan kelayakan calon pro-M.

PINGU: hapa nih? seramlah... mahasiswa pun dh menunjukkan keganasan.. Ini berlaku jika penindasan berlaku!
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Padah elak dicekup khalwat
Padah elak dicekup khalwat
08-23-2010 10,025 Views 10 Replies
Ini benar berlaku : Ada telur lalat dalam ayam goreng mamak Putrajaya
Ini benar berlaku : Ada telur lalat dalam ayam goreng mamak Putrajaya
08-04-2010 6,769 Views 6 Replies
Kematian misteri
Kematian misteri
08-04-2010 1,454 Views 0 Replies
pingu baru
pingu baru
01-31-2012 2,185 Views 2 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,156 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 02:34 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend