Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 12:02 AM
Khidmat KLIA Aerotrain Dihentikan Sementara Mulai 1 Nov

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Aerotrain, sistem pengangkutan tanpa pemandu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), akan menghentikan sementara perkhidmatannya selama kira-kira empat bulan mulai 1 Nov, untuk penyelenggaraan berjadual.

"Tren itu yang sudah berkhidmat selama 12 tahun dan mencatat perjalanan melebihi sejuta kilometer, perlu menjalani penyelenggaraan besar-besaran," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau melakukan lawatan kerja ke KLIA dan kawasan persekitaran, termasuk Jabatan Penerbangan Awam dan projek terminal penerbangan tambang kos rendah (LCCT).

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Dr Aris Othman, dan Pengarah Urusan Tan Sri Bashir Ahmad bin Abdul Majid.

KLIA akan mengatur 16 bas untuk mengangkut penumpang dari dan ke terminal utama ke bangunan satelit supaya perjalanan penumpang tidak terjejas, katanya.

Kong memberi jaminan bahawa pihak berkuasa lapangan terbang akan memastikan aliran lalu lintas penumpang tidak terganggu.

Perkhidmatan tren akan kembali beroperasi pada pertengahan Februari depan, katanya.

Tren itu yang mengangkut penumpang dari Bangunan Terminal Utama ke Bangunan Satelit A, memulakan operasi pada 1998.

Mengenai pengendalian penerbangan di KLIA, Kong berkata lapangan terbang itu mengendalikan 66 penerbangan sejam, namun pada masa ini ia mengendalikan 55 penerbangan sejam.

Beliau berkata bagi enam bulan pertama tahun ini, lapangan terbang itu mengendalikan 123,358 penerbangan manakala sepanjang tahun lepas, jumlahnya sebanyak 226,631 penerbangan domestik dan antarabangsa.

Selain itu, Kong berkata KLIA dianggarkan mengendalikan lebih daripada 34 juta penumpang tahun ini berbanding kira-kira 30 juta penumpang tahun lepas.

-- BERNAMA
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
08-09-2010 3,310 Views 2 Replies
Suplemen beracun
Suplemen beracun
08-06-2010 1,791 Views 0 Replies
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
08-19-2010 1,872 Views 0 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,679 Views 1 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,059 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 12:34 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend