Sebenarnya gigih aku google cara-cara mengeluarkan duit ASB tanpa pergi ke kaunter bank atau pejabat pos. Yelah awal-awal tahun ni berpusu-pusu orang nak keluarkan dividen ASB atas pelbagai perkara. Aku pun tidak terkecuali. Semalam kawan aku cerita dia keluarkan duit ASB melalui portal myASB dan transfer terus ke Maybank2u sahaja. Puas aku godek Myasb tu takde pula function byback.
Rupanya memang tak boleh! Aku salah dengar kawan aku cerita ke apa? Rasanya telinga and ingatan aku masih OK! Nak keluarkan duit ASb memang perlu pergi ke Kaunter bank lah. Jelas ditulis di portal MyASB tu yang urusan Buy-back tak boleh dilakukan menggunakan portal tersebut namun, jika ingin menambah pelaburan di ASB boleh menggunakan portal myASB secara online sahaja.
Sekian sahaja maklumat dari saya.. Teruskan beratur untuk membuat pengeluaran ASB.

