08-18-2019, 04:04 PM
![[Image: Boruto_Poster.png]](https://1.bp.blogspot.com/-j1_GTV_5hLU/XVkE-ss8gzI/AAAAAAAAF4s/dRO8pGHqDQMTcqfFvtO6wgel38Hlqi0WACLcBGAs/s1600/Boruto_Poster.png)
Kepada Peminat Naruto yang rindu nak melihat Naruto beraksi, boleh membaca / menonton Boruto. Ia merupakan sambungan kepada kisah Naruto yang mana watak utama adalah generasi anak-anak Naruto. Boruto merupakan anak sulong Naruto yang cukup berbakat tetapi kadangkala keras kepala. Beliau terasa disisihkan oleh ayahnya, Naruto the 7th Hokage.
Selain watak Boruto, kita boleh melihat watak Sarada, anak perempuan Sakura dan Sasuke yang memiliki Mata Sharingan dan dalam masa sama memiliki kekuatan Superhuman Sakura. Kadang-kadang sangat tidak logik melihat generasi ini kerana kuasa bertempur mereka jauh lebih tinggi dari ibu bapa mereka semasa mereka sama usia. Orochimaru juga mempunyai "anak' yang diletakkan satu team dengan Boruto dan Sarada. Namun begitu, watak anak Orochimaru ini sebenarnya lebih tepat adalah kembar Orochimaru, kerana ini dicipta secara Klon. Namun sifatnya lebih baik dan tenang berbanding Orochimaru.
Nak membaca kisah ini? Boleh baca disini >> BORUTO MANGA

