Gegar Vaganza buat pertama kalinya membuat kejutan dengan menambah 3 minggu sehingga menjadikan total 11 minggu konsert mingguan. Sepatutnya minggu ini Final GV 6 tetapi dengan penambahan 3 minggu bermaksud minggu hadapan kembali menjadi minggu suku akhir.
Secara keseluruhan, persembahan setiap peserta adalah lebih baik daripada persembahan minggu sebelumnya. Namun, keputusan sedikit mengejutkan dengan penyingkiran Roy malam ini.
Bagi saya, Roy adalah peserta senior yang sangat berbakat. Persembahan beliau minggu ini juga cukup baik. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau.
Saya memang sudah menjangka dari awal bahawa persembahan paling tidak meyakinkan malam ini adalah Sham Visa kerana vokal chord beliau masih tidak pulih. Namun, Sham diletakkan di atas Nurfatima dan juga Roy! Kita tahu Sham Visa agak trending kerana wajah "Tony Stark" beliau dan saya mendengar beliau juga salah satu "anak emas" GV tahun ini.
Kalau tahun lepas, Zamani dilihat anak emas tahun ini sham Visa nampaknya mengulanginya. Saya sangat berharap Astro telus dan adil dalam melayani peserta bukan semata-mata kerana Rating.
Persembahan Naqiu menerusi lagu percayalah Dato Seri Siti Nurhaliza adalah sangat hebat! Beliau membawakan dengan cara tersendiri dan saya tidak dengar bunyi Dato Seri Siti dalam lagu tersebut. Lagu Dato seri siti nurhaliza bukanlah mudah untuk dibawakan dengan sedap walaupun lagu itu kedengaran mudah.
Seperti jangkaan saya, Naqiu juara malam ini diikuti rapat Jatt. Cuma pilihan saya adalah Hady Mirza ditempat kedua kerana Vokalnya yang sangat flawless minggu ini. Jatt juga tidak kurang hebatnya.
Peserta lain, komen saya Wann ada peningkatan minggu ini. Tidak ada bunyi mendesah sangat seperti last week. Mama Norshiela Amin walaupun membawakan lagu sukar namun beliau tenang dan mampu membawakan dengan baik. One Nation NC bagi saya biasa biasa minggu ini. Yang luar biasanya diselitkan sedikut drama. Sabhi Sabdi menyanyi dengan baik namun saya rasa part Rappers tidak menjadi. Ada sedikit masalah tempo jika dibandingkan bit lagu. Nurfatima pula agak biasa dan beliau perlukan Vokal lebih besar untuk terus kekal dalam pertandingan ini.
Saya tidak sabar untuk menunggu minggu seterusnya. Semoga peserta yang bertanding buat yang terbaik. Effort pertandingan itu perlu ada bagi setiap peserta bukan hanya sekadar perform ok. Contohi mama shiela sebab setiap minggu kita dapat lihat usaha beliau untuk membuat yang terbaik. Sham Visa dan Nurfatima watch out. Gandakan usaha anda.