Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › ReSePi v
1 2 3 4 5 Next »

Resepi Asam Pedas Johor

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Resepi Asam Pedas Johor
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-03-2016, 12:45 PM (This post was last modified: 02-03-2016, 12:47 PM by Mr.Pingu.)
[Image: Resepi%2BAsam%2Bpedas.jpg]

Ok.. Ni resepi aku. Korang boleh cuba juga. Tak jadi jangan salahkan aku ye.. sebab aku buat sedap je.. hehe..

Bahan utama:
5 ekor ikan dibelah dua (ikan ikut citarasa anda)

Bahan-bahan tumis yang diperlukan untuk dikisar:
5 biji bawang kecil
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

 1cm belacan yang dipanggang

Bahan kisar untuk pedas:
12 biji cili kering (kurang or lebih bergantung kepada selera anda nak pedas atau tidak)

Bahan-bahan penyedap:
seikat daun kesum (lebih kurang saiz satu penumbuk)
serai sebatang (dititik)
garam / gula secukup rasa
sehelai daun kunyit

Kuah:
3 sudu besar asam jawa
4 cawan air
(buat air asam jawa secawan)

Bahan-bahan sampingan (tak wajib):
3 biji tomato

Cara-cara membuatnya:
1- Anda kisarkan semua bahan-bahan tumis menggunakan blender. Tambah sedikit air untuk memudahkan bahan-bahan dikisar.
2- Kisarkan pula cili kering yang dah dipotong-potong dan direndam dengar air bersih. Tambah juga sedikit air untuk memudahkan blend.
3- Panaskan minyak, Masukkan bahan-bahan tumis yang telah dikisar. panaskan dengan api sederhana dan kacau sehingga naik bau.
4- Masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis kan sehingga pecah minyak.
5- Kemudian, masukkan secawan air dan biarkan sehingga mendidih.
6- Masukkan ikan dan air asam jawa (secawan). Masukkan sekali daun kesum, serai, sehelai daun kunyit dan juga tambahkan lagi 2 cawan air.
7- Biarkan bahan-bahan mendidih dan ikan masak.
8-Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
9- Apabila sudah siap, masukkan tomato yang telah dipotong 4 kedalam asam pedas dan boleh dihidang.

Selamat Mencuba!!  Big Grin
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Aiskrim Koneto Coklat yang Best!
Aiskrim Koneto Coklat yang Best!
07-22-2012 2,377 Views 0 Replies
Makan tengahari di Secret Recipe
Makan tengahari di Secret Recipe
11-24-2012 2,780 Views 0 Replies
Saung Sunda Sawargi
Saung Sunda Sawargi
04-28-2011 1,883 Views 0 Replies
RM10k daily ...
RM10k daily ...
08-29-2012 4,624 Views 5 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,143 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
engres Offline
Newbie
Posts: 4
Threads: 0
Joined: Aug 2016
Reputation: 0
#2
04-18-2017, 05:37 PM
Wah nampaknya bakalan enak nih kalau saya coba resep yang Anda berikan, saya juga penasaran bagaimana membuat resep ayam pedas ni...
Engs Resto - Catering yang menyediakan Nasi Tumpeng untuk Acara Anda.
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
04-03-2020, 06:04 PM
(04-18-2017, 05:37 PM)engres Wrote: Wah nampaknya bakalan enak nih kalau saya coba resep yang Anda berikan, saya juga penasaran bagaimana membuat resep ayam pedas ni...

selamat mencubaa Heart
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Asam pedas ikan pari nad_dd257 4 4,941 05-11-2011, 02:07 AM
Last Post: nad_dd257

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 11:33 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend