Berikut merupakan pendapat Irfan Khairi yang terkenal sebagai Jutawan Internet berhubung dengan "Perlukah keuntungan sebanyak 1 juta dalam perniagaan?"
Quote:Baru-baru ini saya sering mendapat soalan...
"IK, adakah dalam perniagaan perlu mendapat keuntungan SATU JUTA, dan jika tidak ianya hanya membuang masa sahaja?"
Jika anda sering follow saya di media sosial, anda tahu jawapan saya. Pastinya TIDAK. Menjalankan perniagaan bukanlah kerana keuntungan semata-mata, malah, sepatutnya ia bukan niat utama.
Anda pun tahu, niat melakukan sesuatu seperti perniagaan adalah kerana Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Jika tidak, ianya sia-sia sahaja. Dan bila niat kerana Allah, pastinya kita percaya pada rezeki manusia adalah berbeza.
Kita usaha seberapa baik yang mungkin, tetapi rezeki tetap dari Allah SWT. Ramai usahawan kecil-kecilan tidak dapat pun keuntungan satu juta. Malah jauh sangat untuk capai satu juta.
Tetapi rezeki perniagaan mereka dapat membantu keluarga. Rezeki masa juga dapat meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak setiap hari. Tak jadi jutawan pun tak mengapa. Dan ini bukanlah membuang masa.
Sebab itulah saya sering pesan, kita perlu "redefine" erti kejayaan pada diri sendiri.
"Kejayaan" jangan diletakkan pada wang, contoh satu juta ringgit, baru berjaya.
Tetapi kejayaan adalah perasaan happy, atau bahagia. Jika anda bahagia, maka, itu adalah satu kejayaan.
Ramai "jutawan" yang saya kenali tidak bahagia. Mereka tidak happy. Ada yang sering dilanda controversy, ada yang tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak, ada juga yang selalu stress dengan perniagaan.
Adakah ini satu kejayaan? Pastinya ya. Tidak menjana sejuta pun tak mengapa. Dan ia bukanlah membuang masa.
Jika wang satu juta ringgit dikaitkan sebagai kejayaan, maka anda perlu "redefine" erti kejayaan yang sebenar.
Jika anda mempunyai masa terluang hari ini, ingin saya jemput anda untuk mengikuti webinar "Hijrah Perniagaan"
Dalam webinar ini, saya kongsikan strategi kejayaan pemimpin-pemimpin Islam kita dalam bidang perniagaan seperti Abdul Rahman bin Auf, Saidatina Khadijah Khuwailid dan Rasulullah SAW.
Dalam webinar percuma ini juga saya kongsikan apakah maksud sebenar KEJAYAAN. Dan pastinya ia bukanlah keuntungan "berjuta" ringgit.
Irfan Khairi

