Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40 Next »

Bersiar-siar naik kereta jenazah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bersiar-siar naik kereta jenazah
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-10-2010, 11:06 PM
'Bersiar-siar naik kereta jenazah'

Oleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.my
2010/08/10

Pendekatan baru ke atas umat Islam tak puasa

GEORGETOWN: 'Bersiar-siar' di sekitar bandar dengan menaiki van jenazah. Itulah antara pendekatan yang akan diambil kerajaan negeri ke atas umat Islam yang tidak berpuasa sepanjang Ramadan, yang akan bermula esok atau lusa.

Selain van jenazah, pihak berkuasa iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) juga akan menggunakan lori penguat kuasa bagi membawa mereka yang culas melaksanakan kewajipan itu.

Tindakan itu adalah atas budi bicara pihak berkuasa tetapi mengikut Seksyen 15 Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, orang yang tidak berpuasa boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, hukuman bersiar-siar menaiki van jenazah atau lori penguat kuasa bukannya bertujuan memalukan individu yang tidak berpuasa. Sebaliknya, beliau berkata, ia sebagai satu cara tarbiyah supaya mereka menyedari kewajipan berpuasa sepanjang Ramadan.

“MPPP dan MPSP akan bekerjasama dengan JHEAIPP dalam melaksanakan penguatkuasaan secara tegas. Ia bakal dimulakan pada hari pertama Ramadan dengan anggota penguat kuasa akan melakukan rondaan di sekitar premis menjual makanan,” katanya.
Abdul Malik berkata, individu yang membeli makanan dan minuman dalam bungkusan pada waktu yang tidak munasabah juga akan diperiksa untuk memastikan kesahihan tujuannya, sama ada untuk di makan pada siang hari atau untuk berbuka puasa. Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menahan pemilik restoran atau gerai yang bersubahat dengan menyediakan makanan termasuk minuman kepada kaki ponteng puasa.

"Tindakan menjual makanan pada siang hari dan terlalu awal daripada masa dibenarkan, bukan saja tidak menghormati Ramadan, malah mendorong individu Islam lain melakukan dosa.

"Peniaga tidak seharusnya mementingkan keuntungan perniagaan semata-mata, sebaliknya harus bertanggungjawab memelihara kesucian Islam," katanya.

Abdul Malik berkata, pihaknya juga akan menggantung kain rentang dan menampal poster bagi menerangkan kewajiban berpuasa berhampiran premis menjual makanan dan minuman bagi memberi kesedaran orang ramai.

KOMEN: haha.. mesti seram sejuk dapat bersiar2 dengan kete jenazah.. haha ok gak cadangan itu.. tp xkan bersiar2 je? kene beri kesedaran sivik lain nie.. haha.. basuh cukup2 Big Grin
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pelajar lemas ketika ponteng di bandar baru bangi
Pelajar lemas ketika ponteng di bandar baru bangi
08-07-2010 2,131 Views 0 Replies
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
08-17-2010 1,907 Views 0 Replies
Ugut terjun bangunan kalau tak dpt cuti bulan Ramadan!
Ugut terjun bangunan kalau tak dpt cuti bulan Ramadan!
08-13-2010 1,655 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
03-26-2012 3,842 Views 2 Replies
Soalan sama dijawab oleh tiga orang manusia.. renung-renungkanlah
Soalan sama dijawab oleh tiga orang manusia.. renung-renungkanlah
08-08-2010 1,690 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 04:49 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend