Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaYa v
« Previous 1 2 3 4

Masalah Rambut

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Masalah Rambut
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 01:33 AM
Mari kongsi info tentang segala permasalahan rambut dan cara-cara mengatasinya jika ada ya Big Grin

JENIS-JENIS MASALAH KEGUGURAN RAMBUT:

* Androgenetik alopesia
Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).

Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
testosteron - (hormon lelaki).
usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.

Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya

* Alopesia areata
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

* Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS:

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Anda tak Kacak kalau Gemuk - Pingu
Anda tak Kacak kalau Gemuk - Pingu
12-26-2012 4,669 Views 0 Replies
Masalah Wartawan vs Blogger
Masalah Wartawan vs Blogger
03-19-2013 36,260 Views 8 Replies
Masalah Kemurungan Remaja
Masalah Kemurungan Remaja
08-11-2010 2,396 Views 0 Replies
hye, salam perkenalan
hye, salam perkenalan
08-14-2012 3,342 Views 1 Replies
siapa la aku..jika tidak di sapa...
siapa la aku..jika tidak di sapa...
12-08-2013 2,219 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
08-11-2010, 01:35 AM

Tahukah anda mengapa rambut beruban?. Yang sebenarnya uban bukanlah hanya di sebabkan oleh faktor usia sahaja tetapi uban juga berlaku pada peringkat remaja malahan kanak-kanak juga.

Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya.

Menurut kajian dari bidang dermatologi Universiti England, terputusnya rantai reaksi inilah akan memberi implikasi terjadinya senario rambut putih di kalangan manusia.

Actualy, warna rambut telah ditentukan kepada kuantiti dan jenis-jenis melanin dalam setiap helai rambut. Terdapat 2 jenis melanin pada rambut iaitu Eomelanin (warna hitam) dan Phaeomelanin ( warna kuning).

Selain dari itu rambut beruban berlaku apabila sel-sel bulbar melanogenetik mengeluarkan sel melanin. Jika rambut anda berwarna perang bermakna sel-sel bulbar melanogenetik masih mengeluarkan melanin tetapi masih tidak mencukupi.

Sebab-sebab terjadinya rambut beruban adalah seperti berikut:
1. Faktor genetik. Ia memang tidak boleh dicegah kerana metabolisme pembentukan pigmen pada orang tua yang mengalami rambut beruban lebih awal boleh berlaku pada anak mereka.

2. Kekurangan vitamin. Tubuh yang kekurangan vitamin B dan zat besi akan cepat berlakunya pertumbuhan uban.

3. Kekurangan gizi, boleh membuatkan jumlah enzim pembentukan pigmen berkurangan. Makanan berprotien sangat di perlukan oleh tubuh untuk pembentukan enzim dan mengelakkan tumbuhnya uban.

4. Gaya hidup. Terdedah kepada asap rokok menambahkan radikal bebas dalam tubuh. Anda yang kerap merokok mempercepatkan tumbuhnya uban.

5. Rawatan yang tidak sesuai. Jika anda sering mewarnakan rambut, juga merupakan faktor rambut cepat beruban. Proses pewarna yang kurang baik atau kandungan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kepala.

6. Kesan radiasi. Anda yang pernah mengalami masalah kesihatan seperti kanser sangat epat membantu pertumbuhan uban.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
08-11-2010, 01:36 AM
mengatasi masalah rambut beruban

rambut lazimnya berwarna hitam. namun, terdapat sesetengah orang yang rambutnya berwarna perang terutama bagi mereka yang tinggal di negara barat. tahukah anda bahawa rambut boleh kehilangan warna kerana disebabkan oleh kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam tubuh. ia juga turut dikenali sebagai pigmen.

apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun. kemungkinan ia akan berhenti membekalkan bahan pewarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban. bagaimanapun, keseluruhan rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia akan mengambil masa 10 hingga 20 tahun. waktu keseluruhan rambut akan beruban bergantung kepada tempoh biologi masing2. uban adalah proses semulajadi yang berlaku seiring dengan pertambahan usia. seseorang yang beruban sebelum waktunya atau lebih awam disebut sebagai 'premature greying'...

punca rambut beruban

* kekurangan vitamin B6 yang menyebabkan kekurangan sel darah merah
* kekurangan sumber protein untuk pembentukan sel
* penggunaan bahan kimia secara berlebihan pada rambut
* tekanan yang berlebihan yang mempengaruhi aktiviti hormon
* pernah mengalami penyakit tertentu
* teknik mewarna, bleaching dan rebonding berlebihan menyebabkan rambut mudah beruban
* faktor genetik
* makanan segera dan makanan yang diawet meningkatkan risiko beruban
* makin sering ditutup uban semakin banyak
* uban gejala awal kebotakan

cara mengelakkan rambut beruban

~ ambil makanan yang tinggi kandungan protein. makanan tambahan yang bersifat anti uban juga boleh dimanfaatkan untuk membantu mencegah proses tumbuhnya uban.

~ vitamin B kompleks dan vitamin B5 dapat membantu mencegah proses perubahan akibat daripada kekurangan nutrisi. nutrisi daripada vitamin2 ini memberi warna hitam pada rambut. contohnya gandum, beras, hati ayam dan hati lembu

~ vitamin E baik untuk merangsang sistem peredaran darah di kulit kepala bagi melambatkan pertumbuhan uban. contohnya, urutan dan creambath

~ sekiranya tiada pilihan, warna rambut boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut beruban. sebaiknya, pilihla warna rambut yang mengandungi bahan semulajadi

~ kaedah penanaman rambut atau hair multiplication. rambut sihat ditanam lebih banyak dan sel rambut baru akan menutupi uban.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 07:23 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend