Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › KeNDeRaaN v
« Previous 1 2 3 4 5

5 Motorsikal terpantas di dunia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
5 Motorsikal terpantas di dunia
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 02:49 PM
Berikut adalah lima model motosikal yang diiktiraf sebagai terpantas di dunia. Motosikal paling pantas yang dicatatkan adalah daripada BMW menerusi model K1200S.Jentera berkuasa itu hanya mengambil masa 2.8 saat untuk memecut daripada kedudukan pegun sehingga kelajuan 60 batu sejam (mph).Dijana 167 kuasa kuda (hp), K1200S digerakkan enjin empat silinder, 1,157cc, 16 injap DOHC. Bagi menambah daya pecutan, enjin raja jalanan itu dilengkapi pengimbang balas yang dicondongkan ke posisi radikal 55 darjah membolehkan pusat graviti motosikal terbabit lebih rendah. Sistem gantungan K1200S adalah sistem gantung motosikal paling canggih pada motosikal komersial apabila ia dilengkapi sistem gantung Doulever rekaan NormanH ossack pada bahagian hadapan dan Sistem ParaLever di belakang. Kedua-dua sistem berkenaan dibantu BMW ESA (Electronic Adjustable Suspension).

Jentera yang mampu menyaingi BMW K1200S adalah Ducati 1098. Jentera kelahiran Itali itu memiliki enjin 1099cc L-twin. Dilancarkan pada 2007, Ducati 1098 yang memiliki 160 hp hanya seberat 173 kilogram (kg). Fizikalnya yang ringan memberi kelebihan apabila diiktiraf sebagai motosikal mempunyai daya kuasa tork paling tinggi dalam kelasnya.

Tempat ketiga dihuni jentera Aprilia RSV Mille Factory dijana enjin V-twin 998cc yang dicipta syarikat pembuat enjin Austria, Rotax. Model berkenaan berupaya menghasilkan 143 hp dan pernah menerima anugerah sebagai Masterbike of the Year pada 2006.

Pesaing kepada Aprilia adalah Yamaha YZF-R1. Jentera diperkenalkan pada 1998, motosikal berkenaan terus mengalami revolusi sehingga berjaya menghasilkan motosikal bertaraf perlumbaan, seterusnya meninggalkan pesaing senegaranya iaitu Honda, Kawasaki dan Suzuki. Yamaha YZF-R1 adalah motosikal pertama menggunakan enjin 1,000cc dan kehadiran jentera berkenaan pada perlumbaan motosikal dunia berjaya melebarkan lagi penguasaan di jalan raya seluruh dunia.

Jentera kelima yang tidak kurang hebatnya datang daripada Honda menerusi model CBR 1100 XX Super Blackbird. Motosikal versi ‘Sport-Touring’ itu bukan saja pantas di jalan raya, malah menawarkan keselesaan maksimum ketika menunggang bagi perjalanan jarak jauh. Versi Blackbird mula dihasilkan pada 1997 dan kali terakhir dikeluarkan kira-kira tiga tahun lalu. Kejayaan Honda menempatkan diri dalam lima motosikal terpantas memberi saingan kepada pencabarnya, Kawasaki yang masih berusaha mencipta jentera mampu menewaskan kelima-lima model berkenaan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Anak Amir Ukays Meninggal Dunia
Anak Amir Ukays Meninggal Dunia
02-24-2012 1,956 Views 0 Replies
Lelaki Paling Pendek Di Dunia
Lelaki Paling Pendek Di Dunia
02-27-2012 1,450 Views 0 Replies
Nama Manusia terpanjang di dunia
Nama Manusia terpanjang di dunia
07-23-2012 1,739 Views 0 Replies
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
04-17-2012 1,890 Views 1 Replies
Borak Admin Mr.PiNGu Jun 2012
Borak Admin Mr.PiNGu Jun 2012
06-25-2012 1,514 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
08-11-2010, 02:51 PM
1. BMW K1200S


2. Ducati 1098


3. Aprilia RSV


4. Yamaha YZF-R1


5. Honda CBR 1100 XX Super Blackbird
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 10:33 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend