Tak padan dengan usia

KLUANG - Tiga remaja berumur lingkungan 12 hingga 15 tahun terlibat dengan kes pecah rumah di sekitar Taman Sri Impian, Kluang. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Mohamad Fawzi Arsyad berkata, ketiga-tiga remaja ini dipercayai sudah tidak bersekolah dan polis berjaya menangkap mereka dalam Ops Pintu Impian 2010.
“Tangkapan telah dilakukan berdasarkan siasat dan maklumat yang diperoleh seterusnya berjaya menangkap seorang remaja lelaki berusia 12 tahun pada 16 Ogos lebih kurang jam 5.30 petang di kawasan Taman Sri Impian.
“Siasatan awal telah dijalankan ke atas remaja lelaki berkenaan yang telah mendedahkan dua lagi remaja lelaki yang terlibat dalam kes pecah rumah ini.
“Tangkapan dibuat pada hari yang sama, jam 6 petang di taman terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kluang, semalam.
Mohamad Fawzi berkata, kedua-dua suspek yang ditangkap telah mengaku terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar Taman Sri Impian. Beliau berkata, hasil daripada soal siasat awal yang dijalankan selepas tangkapan dibuat, kesemua suspek mengaku terlibat dengan 13 kes pecah rumah di sekitar taman berkenaan.
“Kesemua suspek ini juga mengaku telah melakukan aktiviti pecah rumah ini hampir 2 bulan yang lalu.
“Manakala, berdasarkan semakan yang dilakukan, polis mendapati ketiga-tiga suspek ini tiada sebarang rekod lampau dan ujian air kencing mereka juga adalah negatif,” katanya.
Mohamad Fawzi berkata, kesemua suspek ini hanya menghabiskan masa mereka dengan mengunjungi pusat Internet setelah memperoleh wang hasil kegiatan pecah rumah. Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) pada 17 Ogos untuk siasatan lanjut.
“Di samping itu, soal siasat dan siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengesan rakan mereka yang lain serta mendapatkan kembali barang yang dicuri,” katanya.