Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › MoMoK v
« Previous 1 2 3 4

Saya Tertinggal Di Semak Bt. 6

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Pages (3): 1 2 3 Next »
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Saya Tertinggal Di Semak Bt. 6
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 05:36 AM (This post was last modified: 08-11-2010, 05:48 AM by Mr.Pingu.)
Dah penah bacer? Bacer ler lagi... kekekeke
****************************************

Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc (chatting). Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di irc. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur dan berterus terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih.

Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.

Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka
mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.

Nurheart : Lan ...
Hensemboy : Ira ... maaf saya tak dapat masuk malam itu.
Nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
Hensemboy : Maaf ... saya tak sempat menghubungi awak. Maaf ...
Nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba tiba senyap. Shahirah menungqu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan
perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu.

"Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?"

"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah.

"Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya
dia masuk IRC malam ini. Sekurang kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

Hensemboy : Ira ... awak marah saya ke?
Nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam
mahu tidak mahu berbual dengan saya?

hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya
masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
Nurheart : Kenapa?
Hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?
Nurheart : Awak teruk ke?
Hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai .... saya hilang darah yang banyak ... saya tercampak di dalam semak dan saya cuba
cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
Nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
Hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini ... menanti orang membantu saya.
Nurheart : Maksud awak?
Hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan

Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Haz1an. Tiba tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan sdpaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah curah bercampur sedih dan takut.

Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman..AMIN.."
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Lagenda Tambuakar Di Sabah
Lagenda Tambuakar Di Sabah
11-08-2010 4,759 Views 0 Replies
Tanya wanita to lelaki ganas: Kenapa awak tak Rogol Saya?
Tanya wanita to lelaki ganas: Kenapa awak tak Rogol Saya?
10-13-2011 3,270 Views 0 Replies
Kisah Misteri: Villa Nabila
Kisah Misteri: Villa Nabila
11-18-2013 5,467 Views 2 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,255 Views 0 Replies
Helo semua
Helo semua
10-21-2012 1,480 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-09-2011, 05:01 PM
uiik..seramnye..
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
05-10-2011, 01:46 AM
(05-09-2011, 05:01 PM)nad_dd257 Wrote: uiik..seramnye..

abesla nad xley tdo pas baca kisah ni hehee Tongue
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#4
05-10-2011, 06:57 PM
nad tdo nynyak je semalm... gelak_kecil
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
05-11-2011, 12:33 AM (This post was last modified: 05-25-2011, 03:58 PM by Mr.Pingu.)
Malam ni xley tdo sbb da terlihat koleksi sweet td... Bayangkan sweet tu baring kat sebelah.. Boleh tdo tak?
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#6
05-11-2011, 01:48 AM
(05-11-2011, 12:33 AM)Mr.Pingu Wrote: Malam ni xley tdo sbb da terlihat koleksi sweet td... Bayabgkan sweet tu baring kat sebelah.. Boleh tdo tak?

cis pingu!! nad lupe da td.. adeh.. ingt blik pulak... nanges
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
05-25-2011, 03:59 PM
sweet bring kat sebelah sambil mukanya yg luruh mengeluarkan ulat waaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#8
05-25-2011, 04:27 PM
monyet_takut erkkk... tamo..! huduh2...
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
05-25-2011, 04:39 PM
(05-25-2011, 04:27 PM)nad_dd257 Wrote: monyet_takut erkkk... tamo..! huduh2...

mata dia lak dh terkeluar.. tersembol.. huhu..Confused

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#10
05-25-2011, 05:12 PM
eik.. tamo da byg..
ni sweet yg pingu mimpi ke??? hikhik..
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#11
05-25-2011, 05:13 PM
(05-25-2011, 05:12 PM)nad_dd257 Wrote: eik.. tamo da byg..
ni sweet yg pingu mimpi ke??? hikhik..

yg pingu mimpi muka dia hitam legam.. seram sgt2ConfusedConfused

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#12
05-25-2011, 05:36 PM
huhu biru hitam legam?? tebako ke pingu?? npe ek pingu leh mimpi sweet tu?? tdo tak bace doa eh?? or tak cuci kaki??
Heart ~nad~
Find
Reply
Pages (3): 1 2 3 Next »


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 07:19 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend